Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.mor] | ڤامور

Definisi : Jw 1. besi putih yg dimasukkan dlm mata keris; 2. kurai drpd besi putih pd mata keris: mata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai ~; 3. keindahan, kemurnian, seni; berpamor mempunyai (memakai) pamor: mata keris ada yg ~ dan ada yg licin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.mor] | ڤامور

Definisi : 1 besi putih yg ditempa pd mata keris. 2 lukisan pd bilah keris dll yg dibuat drpd besi putih. berpamor mempunyai pamor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pamor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pamorpamorKerisTiadaLukisan pada bahagian mata yang diukir dengan gambar atau garisan.
Pamor Beras WutahPamor Beras WutahKerisTiadaPamor yang mempunyai corak yang berbentuk seperti beras tumpah.
Pamor Segara WediPamor Segara WediKerisTiadaPamor yang mempunyai corak bulatan-bulatan kecil di sepanjang bahagian tepi mala keris yang mengelilingi jaluran yang memanjang di bahagian tengahnya.
Pamor Tunggak SemiPamor Tunggak SemiKerisTiadaPamor yang mempunyai corak yang berbentuk tiga keratan pohon yang ditebang dan diikuti jaluran memanjang seolah-olah pohon yang tumbuh kembali.
Pamor Raja Abala RajaPamor Raja Abala RajaKerisTiadaPamor yang bercorak lorekan sekata dari bahagian bawah hingga ke bahagian atas yang membawa maksud sekumpulan tentera sesebuah kerajaan.
perabaanperabaanKerisTiadaProses meneliti mata keris untuk melihat perbezaan bentuk dapur, pamor, dan perhiasan yang terdapat pada keris tersebut.
krisologikrisologiKerisTiadaIlmu yang mengkaji tentang budaya perkerisan. Ilmu ini mernbincangkan aspek-aspek utama keris seperti bentuk dapur, pamor, dan perhiasan pada sesebilah keris.

Kembali ke atas