warm front | perenggan panas | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perenggan yang pergerakannya melibatkan jisim udara yang lebih panas mengambil alih jisim udara yang lebih sejuk. Kedatangan perenggan panas biasanya dikesan di permukaan bumi dengan kejatuhan tenakan, kenaikan suhu dan takat embun di dalam udara yang lebih sejuk. Laluan perenggan panas ditandai dengan nilai tekanan,suhu, dan takat embun yang stabil, pencongan angin, dan berhentinya kerpasan. Kerpasan biasanya berlaku dalam lingkungan jalur, yang lebarnya 400 km di hadapan perenggan. Cerun purata permukaan perenggan panas adalah pada nisbah 1:150. Secara purata perenggan panas bergerak dengan kelajuan dua pertiga komponen angin geostrafi seperti yang diukur tegak lurus pada perenggan. |
boreal zone | zon boreal | Sains | Hidrometeorologi | 1. Zon yang mempunyai musim sejuk yang nyata dengan bersalji, dan musim panas yang singkat, umumnya panas. Ia termasuk sebahagian besar daripada Amerika Utara di antara Zon Arktik dengan lebih kurang 40oU, menganjur sampai ke 35oU di kawasan pedalaman. Di Eropah Tengah dan di Asia ia menganjur ke selatan dari tundra ke latitud 40o � 50o utara. 2. Zon atau kawasan biogeografi yang dicirikan oleh fauna dan flora jenis utara. istilah kawasan boreal digunakan terutamanya oleh ahli biologi Amerika dan, termasuk kawasan antara min isoterma musim panas 18oC atau 64.4oF (lebih kurang latitud 45o) dan Zon Arktik. |
kenotron | kenotron | Kejuruteraan | Tiada | 1. Katod panas bagi tiub vakum.,2. Diod ion haba vakum tinggi dan voltan tinggi, yang digunakan biasanya dalam penerus voltan tinggi. |
cristobalite | kristobalit | Perubatan | Tiada | 1. Silika tahan panas yang digunakan dalam bahan inves pergigian. |
quench | sejukan segera | Perubatan | Tiada | 1. Menyejukkan sesuatu yang panas dengan membenamkan dalam air atau minyak. |
carbon seal | kedap karbon | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | 1. Peranti tahan panas, digunakan dalan enjin turbin untuk mengedap minyak pelincir dalam rongga galas. |
snow line | garis salji | Hidrologi | Tiada | (1) Garis salji iklim. Ketinggian terendah lapisan selanjar salji pada musim panas di pergunungan tinggi. (WMO) (2) Garis salji orografik. Ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas. |
snow line | garis salji | Sains | Hidrometeorologi | 1. Bagi garis salji iklim, ketinggian terendah keselanjaran salji wujud pada musim panas di pergunungan tinggi. 2. Bagi garis salji orografi ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas. |
hot | panas | Geografi | Tiada | 1. Bercirikan suhu yang tinggi. |
hot | panas | Perubatan | Tiada | 1. Bercirikan suhu yang tinggi.,2. Mengandung bahan radioaktif yang berbahaya. |