Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ca.ran] | ڤانچرن

Definisi : 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ca.ran] | ڤانچرن

Definisi : 1 cahaya, air dsb yg memancar; hal sesuatu benda yg dipancarkan: Malam itulah kali pertama mereka bermain di bawah ~ cahaya lampu. 2 apa-apa yg dipancarkan melalui radio dll; siaran. ~ air a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. ~ cita apa-apa yg terasa di hati. ~ radio siaran radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancar
Kata Terbitan : berpancaran, memancar, memancarkan, terpancar, pancaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Einstein coefficeintpekali EinsteinKejuruteraanTiadaPekali kebarangkalian berlakunya pancaran spontan, pancaran rangsang dan penyerapan.
emissivitykebolehpancaranSainsHidrometeorologiNisbah pancaran sesuatu permukaan tertentu pada kepanjangan gelombang dan pancaran suhu tertentu terhadap pancaran suatu jasad hitam unggul pada kepanjangan gelombang dan suhu yang sama. Nilai kebolehpancaran yang tertinggi ialah satu, manakala yang terendah ialah sifar. Ini merupakan korolari daripada hukum Krichoff yang menyatakan bahawa kebolehpancaran sebarang permukaan pada suhu daya kepanjangan gelombang tertentu adalah tepat sama dengan kebolehserapan permukaan itu pada suhu dan kepanjangan gelombang yang sama.
nonthermal emissionpancaran bukan termaMatematikTiadaSinaran elektromagnet contohnya pancaran sirkrotron, yang dihasilkan sama seperti pancaran terma, iaitu melalui pemancutan elektron atau zarah bercas yang lain tetapi yang pada asalnya bukan terma, yakni spektrumnya bukan daripada jenis pemancar jasad hitam yang sempurna.
threshold currentarus ambangKejuruteraanTiadaArus sempadan di antara pancaran spontan dengan pancaran rangsang pada lekuk kuasa keluaran optik melawan arus mara.
scintillation counterpembilang sintilasiFizikAtom dan NuklearAlat untuk mengesan dan mengukur sinaran gama dengan membilang pancaran cahaya yang teraruh oleh sinaran tersebut. Keamatan pancaran adalah berkadaran dengan tenaga sinaran. Pancaran tersebut diamplifikasi dan diukur secara elektrik dan dipamerkan atau direkodkan secara digital sebagai bilangan individu.
emissivitypancaran)KimiaTiadapancaran: Keupayaan sesuatu permukaan untuk menyinarkan tenaga dan disukatkan berdasarkan nisbah fluks tersinar per unit luas terhadap tenaga yang disinarkan oleh jasad hitam pada suhu yang sama.
AndromedoidPancaran AndromedaMatematikTiadaPancaran meteor yang radiannya terletak di buruj Andromeda. Bielids.
secondary emissionpancaran sekunderKejuruteraanTiadaPancaran elektron daripada pepejal atau cecair hasil hentaman zarah bercas.
stimulated emissionpancaran terangsangKejuruteraanTiadaPancaran yang keluar apabila atom teruja kembali ke aras dasar secara terangsang.
photoelectric emissionpancaran fotoelektrikKimiaTiadaPancaran elektron dari permukaan logam yang disebabkan oleh hentaman foton, seperti dalam kesan fotoelektrik dan pemfotoionan.
12345678910...

Kembali ke atas