core recovery | perolehan teras | Kejuruteraan | Petroleum | Kuantiti teras nyata yang sebenarnya dapat diambil dalam cerompong teras dalam satu-satu proses penerasan. Kuantiti ini dinyatakan dalam peratus, iaitu nisbah antara banyaknya teras (diukur dalam (unit panjang) yang diperoleh dengan panjangnya teras yang sepatutnya dapat diambil dalam satu-satu cerompong teras itu. dengan kata lain, nisbah antara panjangnya teras yang diperoleh dengan panjangnya cerompong teras. Jika nisbahnya bernilai 1 (atau 100%), penerasan dikatakan sempurna. |
alphabet length | panjang abjad | Perpustakaan | Tiada | Panjangnya dua puluh enam huruf abjad, yang dinyatakan dalam bentuk poin yang boleh dibahagikan kepada 341 bagi menghasilkan jumlah 'per pica aksara', dan bentuk huruf pula dikenal pasti melalui perbandingan panjang abjad tersebut. |
mesoskelic | mesoskelik | Perubatan | Tiada | Mempunyai kaki yang panjangnya normal. |
giant ripple | riak raya | Geologi | Tiada | Riak yang panjangnya lebih daripada 30m. |
Eustachian tube | tiub Eustachio | Perubatan | Tiada | Tiub yang panjangnya lebih kurang 36mm, menyambungkan telinga tengah dengan farinks. |
telescopic area | kawasan teleskop | Sosiologi | Tiada | Kawasan yang panjangnya boleh diubah-ubah seperti teleskop. |
vector | vektor | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Anak panah yang panjangnya mewakili magnitud dan sudut halanya mewakili arah. Contohnya, halaju merupakan vektor yang menggambarkan magnitud atau nilai kelajuan pada arah tertentu. Paduan vektor boleh diperoleh dengan hukum segi empat selari, manakala kuantiti vektor yang lain ialah pecutan, daya, momentum dan dedenyut. |
streak | coret | Biologi | Patologi | Gejala berupa belur yang panjangnya terhad. Biasanya gejala ini selari dengan urat paksi batang. bd. belang. |
snorkel | snorkel | Perikanan | Tiada | Alat berupa tiub yang panjangnya kira-kira 40 cm untuk membolehkan penyelam bernafas di bawah permukaan air secara normal. Snorkel biasanya digunakan bersama-sama topeng muka bagi melindungi mata daripada sebarang bahaya. |
protura | protura | Biologi | Entomologi | Serangga halus yang tidak berkepak, panjangnya 1-2 mm, tidak mempunyai mata atau sesungut, tetapi mempunyai bahagian mulut untuk menusuk yang disimpan di dalam kantung dan dapat dikeluarkan ketika makan. Serangga ini hidup di bawah kulit kayu dan batu, atau di dalam tumbuh-tumbuhan reput. |