Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.to.mim] | ڤنتوميم

Definisi : drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.to.mim] | ڤنتوميم

Definisi : sandiwara yg pelakon-pelakonnya hanya melakukan gerak-geri saja tetapi tidak menuturkan kata-kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pantomim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos.
pantomimepantomimKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian dan jenaka topikal.
pantomimepantomimKesusasteraanTiada1. Lakonan atau hiburan yang pelakon-pelakonnya menyatakan fikiran dan aksi hanya melalui pergerakan.,2. Seni dan teknik menyatakan emosi atau perasaan melalui gerakan tanpa dialog.
pantomimepantomimPendidikanTiadaTiada
pantomimepantomimSosiologiTiadaTiada
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaTiada
pantomimuspantomimusKesenianDrama dan TeaterPelakon pantomim.
dumb showlakonan bisuKesusasteraanTiadaLakonan tanpa ujaran yang mengutamakan bahasa isyarat, mimik muka dan pergerakan badan. Persembahan ini kerap mentafsirkan aksi utama drama secara simbolik atau alegorikal. Contohnya drama berjudul Aduh dan Edan oleh Putu Wijaya yang dilakonkan sepenuhnya tanpa dialog. Persembahan ini mungkin berbentuk drama dalam drama atau dalam bentuk pantomim. Lihat juga novel gotik.
dumb showlakon bisuKesenianDrama dan TeaterDrama tanpa ujaran yang mengutamakan bahasa isyarat, mimik muka dan pergerakan badan. Persembahan ini kerap mentafsirkan aksi utama drama secara simbolik atau alegori. Contohnya, drama berjudul Aduh dan Edanoleh Putu Wijaya yang dilakonkan sepenuhnya tanpa dialog. Persembahan ini mungkin berbentuk drama dalam drama atau dalam bentuk pantomim.
balletoballetoMuzikTiada

 1.      Tarian yang direka tari di Itali pada abad ke-15 dan penarinya menggunakan gerak-geri pantomim.


Kembali ke atas