Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Dewan Negara; berparlimen 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; demokrasi ~ demokrasi yg menurut aturan parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /parlimén/ majlis yg mempunyai kuasa tertinggi utk membuat undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parlimen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
command paperskertas parlimenPerpustakaanTiadaSekumpulan penerbitan parlimen seperti rang undang-undang dan kertas parlimen yang lain dan mungkin juga penerbitan yang bukan dihasilkan oleh parlimen, tetapi diterbitkan oleh penerbit yang dilantik yang berkuasa menerbitkan penerbitan bagi pihak parlimen.
Parliamentary SecretarySetiausaha Dewan Parlimen(penjawat awam)PentadbiranPentadbiran Awam

Petugas khas di parlimen yang menguruskan pentadbiran parlimen sesebuah negara. Setiausaha ini turut hadir dalam persidangan untuk mencatat dan mengemaskini semua maklumat atau perkembangan terbaru persidangan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk turut sama bersidang atau mengundi. Ia merupakan seorang anggota perkhidmatan awam dan bukan seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Parliamentary privilegeskeistimewaan ParlimenUndang-undangTiadaKeistimewaan yang diberikan kepada Parlimen semasa perbahasan di Parlimen.
Parliamentary SecretarySetiausaha Parlimen (kementerian)PentadbiranPentadbiran Awam

Anggota parlimen yang dilantik oleh Perdana Menteri, berkedudukan di bawah Timbalan Menteri dalam satu barisan kabinet. Setiausaha Parlimen mempunyai kuasa eksekutif di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Ia membantu Menteri dan Timbalan Menteri dalam sesebuah kementerian. Biasanya ia akan mewakili atau menggantikan Menteri atau Timbalan Menteri dalam sesuatu acara khas jika Menteri atau Timbalan Menteri ini tidak dapat hadir.

parliamentary committeejawatankuasa parlimenPentadbiranTiadaBadan khas yang ditubuhkan dalam kalangan anggota parlimen bertujuan untuk menangani sesuatu aspek yang akan dibincang di dalam persidangan seperti rang undang-undang sendirian, rang undang-undang hibrid, anggaran perbelanjaan tahunan, anggaran perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan tambahan. Jawatankuasa yang dilantik perlu memikir dan menangani persoalan berkenaan di parlimen dan secara tidak langsung akan mengurangkan beban anggota parlimen yang lain. Cara pembahagian kuasa ini akan menjimatkan masa dan meringkaskan persidangan.
parliamentary commissionsuruhanjaya parlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Badan bebas yang dilantik khas untuk menyiasat atau mendapatkan maklumat terhadap sesuatu insiden, fenomena, isu, masalah atau kejadian yang melibatkan kepentingan negara atau orang ramai. Anggota badan ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan dilantik khas oleh parlimen. Hasil penyiasatan yang dibuat perlu dibentang dan disahkan oleh parlimen. Setelah selesai sesuatu kes, suruhanjaya ini akan dibubarkan.

summon (Parliment)panggil (Parlimen)Undang-undangTiadaMengarahkan ahli Parlimen supaya menghadiri mesyuarat.
dissolution of Parliamentpembubaran ParlimenUndang-undangTiadaPemberhentian Parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Act of ParliamentAkta ParlimenSains PolitikTiadaUndang-undang yang telah digubal dan diluluskan oleh parlimen.
Parliamentary electorpemilih ParlimenUndang-undangTiadaOrang yang diberi hak oleh Perlembagaan untuk mengundi di dalam pilihan raya Parlimen.
12345678910...

Kembali ke atas