gamma-ray detector | pengesan sinar gama | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang peka terhadap kehadiran partikel-partikel gama sehingga boleh digunakan untuk mengukur jumlah partikel-partikel gama yang dibebaskan oleh unsur-unsur radioaktif tertentu. Dengan demikian, peranti ini digunakan untuk mengesan sinar gama yang dikeluarkan oleh unsur-unsur radioaktif yang terdapat di dalam batuan. Dalam penggunaannya, peranti ini boleh digunakan bersendirian atau boleh juga dipasang di dalam sonde. |
liquid bridges | jambatan cecair | Farmasi | Farmaseutik | Keadaan yang terjadi apabila cecair di sekeliling partikel-partikel pepejal yang sedang dikeringkan membentuk jambatan yang menghubungi sesama partikel. Jambatan ini akan memegun partikel pada jarak yang kecil antara satu sama lain. Jambatan cecair merupakan prasyarat untuk membentuk jambatan pepejal antara partikel dalam proses penggranulan. |
deffocculation | pemeraian | Kejuruteraan | Petroleum | Penyerakan atau pemecahan ikatan dari partikel-partikel pepejal yang saling melekat atau yang membentuk struktur gel. Di dalam bendalir penggerudian, biasanya pemecahan ikatan partikel lempung dilakukan dengan penambahan bahan pencair. |
desander | penyahpasir | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti emparan yang digunakan untuk membuang partikel-partikel pasir yang halus dari dalam bendalir penggerudian. Pembuangan ini diperlukan untuk mencegah abrasi lelas pada pam. Prinsip kerja penyahpasir adalah dengan memberikan gerakan berpusar terhadap bendalir yang laju, di dalam bekas berbentuk kon. |
desilter | penyahlodak | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti emparan (yang sama dengan penyahpasir) yang digunakan untuk membuang partikel-partikel yang sangat halus atau kelodak dari dalam bendalir penggerudian. Pembuangan ini perlu untuk menjaga agar kandungan bahan pepejal di dalam bendalir penggerudian seminimum mungkin. |
plastic flow | aliran plastik | Farmasi | Farmaseutik | Ciri sistem ampaian yang menurun kelikatannya apabila tegasan ricih ditingkatkan, setelah nilai alah dilampaui. Aliran plastik ditunjukkan oleh ampaian berkepekatan tinggi terutamanya apabila fasa berterusan mempunyai kelikatan yang tinggi atau apabila partikel-partikel berkelompok wujud dalam ampaian tersebut. |
shaped charge | cas tetuang | Kejuruteraan | Petroleum | Tempat menyimpan atau bekas bahan letupan yang kuat yang dimasukkan ke dalam penembak penebukaan. Biasanya berukuran relatif kecil dan terdiri daripada beberapa unsur dasar, iaitu silinder bahan letupan yang kuat dengan pelapik logam berbentuk kon di salah satu hujungnya dan alat peletus, dan penggalak di hujung yang lain. Selepas meletus, cas ini akan membebaskan aliran partikel-partikel kecil yang berhalaju tinggi. Aliran partikel-partikel ini formasi yang berada di depannya untuk membentuk lubang. |
yield stress | tegasan alah | Farmasi | Farmaseutik | 1. Tegasan pada permulaan deformasi plastik sesuatu partikel. Bentuk partikel tidak akan kembali kepada bentuk asal walaupun setelah tegasan itu dialihkan. 2. Takat tegasan yang dikenakan ke atas sesuatu bahan yang perlu dilampaui untuk memastikan bahan tersebut mengalir. |
solid bridges | jambatan pepejal | Farmasi | Farmaseutik | Keadaan yang terjadi disebabkan oleh peleburan separa, pengerasan pengikat dan pengkristalan bahan terlarut. Jambatan ini menghubungkan satu partikel dengan partikel yang lain dan menyumbang kepada kekuatan sesuatu granul atau tablet. |
Kappa particles | partikel Kappa | Biologi | Genetik | Partikel sitoplasma swabiak yang mengandungi DNA dalam beberapa strain Paramecium aurelia. Partikel ini berupaya mengawal pengeluaran bahan toksik paramesin yang dapat membunuh strain lain yang peka. |