alveolar collapse | penguncupan alveolus | Perubatan | Tiada | Pengecilan alveolus disebabkan tarikan graviti terhadap alveolus di bahagian zon 4 dalam paru-paru. Paru-paru biasanya terdiri daripada berjuta-juta alveolus yang dibahagikan kepada empat zon, iaitu zon 1, 2, 3 dan 4. Penguncupan alveolus juga boleh disebabkan tekanan secara terus pada paru-paru, pneumotoraks tensi dan sumbatan dalam saluran pernafasan. Manifestasi penguncupan alveolus boleh mengakibatkan penurunan ketepuan oksigen (hipoksia) dan kekurangan kandungan oksigen dalam darah (hipoksemia). |
elastic recoil pressure of lung | tekanan anjal elastik paru-paru | Perubatan | Tiada | Tekanan yang wujud dalam paru-paru semasa inspirasi yang diperlukan untuk mengembalikan saiz paru-paru ke posisi asal. Tekanan ini wujud disebabkan parenkima paru-paru yang bersifat elastik. |
burst lung (diving) | pecah paru-paru (selam) | Sukan | Tiada | Keadaan paru-paru penyelam yang pecah akibat tekanan dalaman paru-paru yang tinggi apabila penyelam secara segera timbul ke permukaan dari tempat selaman yang dalam. |
heart-lung machine | mesin jantung paru-paru | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menggantikan fungsi jantung dan paru-paru. Fungsi jantung dilakukan oleh pam roler manakala fungsi paru-paru dilakukan oleh oksigenator. Lihat juga pengoksigenan membran ekstrakorporeum. |
bronchial intubation | intubasi bronkus | Perubatan | Tiada | 1. Prosedur memasukkan tiub endobronkial ke dalam bronkus. Prosedur ini merupakan salah satu teknik pengasingan paru-paru untuk memudahkan pembedahan torasik dan mengasingkan paru-paru normal daripada pencemaran paru-paru berpenyakit. 2. Keadaan yang boleh berlaku apabila intubasi trakea dimasukkan terlalu dalam secara tidak sengaja sehingga ke bronkus, biasanya ke bronkus kanan. Keadaan ini menyebabkan paru-paru kiri tidak mengembang dan paru-paru kanan mengembang dengan berlebihan. |
lung alveoli | alveoli paru-paru | Perubatan | Tiada | Kantung udara di paru-paru tempat perfusi gas berlaku. |
bronchial blocker | penyumbat bronkus | Perubatan | Tiada | Alat khas yang digunakan untuk menyumbat salah satu rongga bronkus semasa pembedahan paru-paru. Penyumbatan ini perlu untuk memastikan paru-paru yang dibedah mengecut. Alat ini digunakan semasa pembedahan kardiotorasik, seperti dalam pembedahan kanser paru-paru, kanser esofagus dan prosedur pembedahan torakoskopi bantuan video (VATS). |
lung buds | tunas paru-paru | Veterinar | Praklinikal | Struktur pada embrio yang merupakan tunas pembentukan paru-paru. |
heart lung machine | mesin jantung paru-paru | Perubatan | Tiada | Alat yang menjalankan fungsi jantung dan paru-paru, semasa pembedahan jantung. |
one lung anaesthesia | anestesia satu paru-paru | Perubatan | Tiada | Anestesia umum yang menggunakan ventilasi satu paru-paru untuk memudahkan pembedahan torasik. |