absorption | penyerapan | Veterinar | Praklinikal | Proses pengambilan bahan terlarut atau air oleh sel melalui membran secara pasif atau aktif. Penyerapan pasif bergantung pada daya resapan dan osmosis tanpa memerlukan tenaga. Penyerapan aktif pula memerlukan penggunaan tenaga daripada adenosina trifosfat atau berlaku melalui kuasa ion elektrokimia dan keafinan yang tidak memerlukan tenaga secara langsung. |
continuous passive motion (CPM) | gerakan pasif berterusan | Gerontologi | Tiada | Pergerakan pasif yang membantu pemulihan tulang rawan dan biasanya dilakukan selepas pembedahan pembentukan semula lutut. |
passive diffusion of drug | difusi pasif ubat | Perubatan | Tiada | Lihat angkutan pasif ubat. |
passive-aggressive behaviour | tingkah laku pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Perlakuan yang pasif, seperti menangguh atau melengah-lengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa berserta perbuatan suka mengkritik pihak atasan. |
passive FTP | FTP pasif | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah pemindahan fail yang lebih selamat berbanding FTP biasa. Dalam FTP pasif, penyambungan ke pelayan fail serta arah dan kawalan aliran data ditetapkan oleh pelanggan FTP dan bukannya pelayan FTP. Hal ini membenarkan pengguna mengawal aliran data bagi mengelakkan pemintasan data oleh pengguna hasad. |
passive immunity | keimunan pasif | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Keimunan tubuh yang diperoleh melalui pemberian antibodi atau sel T teraktif. Keimunan pasif juga boleh dipindahkan daripada ibu kepada janin melalui plasenta atau daripada ibu kepada bayi melalui penyusuan badan. Keimunan ini memberikan perlindungan segera terhadap sesuatu jangkitan, tetapi tempoh perlindungan ini tidak lama. |
passive immunisation | imunisasi pasif | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Proses untuk mewujudkan daya tahan terhadap jangkitan dengan memberikan antibodi yang sedia ada. Imunisasi pasif penting sebagai langkah segera untuk mengawal penularan wabak penyakit. Imunisasi ini juga diberikan apabila seseorang digigit anjing gila (rabies), tercucuk besi karat (tetanus) atau dipatuk ular berbisa. |
passive-aggressive personality disorder | gangguan personaliti pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Kecelaruan yang terjadi apabila seseorang diarahkan melakukan kerja yang terbaik, tetapi bertindak pasif, seperti menangguh atau melengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa. |
passive gear | peralatan pasif | Perikanan | Tiada | Semua jenis peralatan menangkap ikan yang dipasang secara statik di tempat tertentu supaya ikan terperangkap. Ikan akan bergerak ke arah peralatan pasif, contohnya bubu, kelong dan rawai yang dipasang dan ikan akan terperangkap di dalamnya. Peralatan ini dianggap sangat mesra sumber kerana sasarannya hanya tertumpu pada spesies tertentu dan operasinya yang juga terhad di kawasan tertentu sahaja. Sifat selektif peralatan ini membolehkannya digunakan untuk tujuan pengurusan sumber perikanan. |
passive drag | seretan pasif | Sains Sukan | Biomekanik | Seretan yang dialami pada jasad apabila jasad tersebut menunda pada jasad yang lain. Contohnya, pelumba basikal yang mengekori pelumba lain dalam acara keirin akan mengalami seretan pasif. |