opportunity recognition skill | kemahiran mengenal pasti peluang | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan atau kemahiran asas yang penting bagi individu atau organisasi, dalam proses pembuatan keputusan dengan mengenal pasti peluang untuk mengembangkan potensi kejayaan individu atau organisasi. Kemahiran mengenal pasti peluang adalah amat penting dalam bidang keusahawanan kerana akan menjurus kepada keputusan perniagaan yang boleh memajukan usaha niaga bagi meningkatkan keuntungan. Contohnya, sebuah syarikat yang mampu mengenal pasti potensi pasaran dengan meninjau persekitaran pasaran, mengenal pasti kekuatan dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum membuat sesuatu keputusan untuk mengeluarkan produk baharu. |
label | label | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nama kod yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengelas nama, sebutan, frasa atau dokumen.,2. Satu atau lebih aksara yang digunakan untuk mengenal pasti suatu item data.,3. Nilai angka atau lokasi ingatan dalam sistem boleh atur cara bagi komputer.,4. Angka, huruf atau nama yang diberikan kepada kenyataan atur cara supaya komputer dapat mencarinya kemudian.,5. Nama yang digunakan dalam kod punca untuk mengenal pasti sesuatu suruhan atau kenyataan boleh laksana dalam atur cara komputer.,6. Blok di permulaan atau di akhir fail, yang mengenal pasti, menciri, dan/atau penyahhad fail itu, dengan label itu sendiri tidak dianggap sebagai sebahagian daripada fail. |
bai‘ gharar | jual beli gharar/jual beli tak pasti | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang melibatkan ketidakpastian pada produk atau harga. Contohnya, menjual produk yang belum pasti wujud, spesifikasi produk tidak jelas, tidak mampu menyerahkan produk kepada pembeli dan harga tidak ditentukan. Jual beli ini tidak sah kerana salah satu pihak mengalami kerugian. Lihat juga gharar. |
immunodiffusion | imunoresapan | Sains Forensik | Tiada | Kaedah untuk mengenal pasti antigen atau antibodi melalui resapan dalam gel untuk membentuk presipitin. Corak garisan presipitin dalam gel digunakan untuk mengenal pasti jenis dan kepekatan antibodi atau antigen tersebut. Dalam ujian serologi forensik, teknik ini boleh digunakan untuk menentukan sesuatu spesies sama ada manusia atau haiwan melalui sampel darah yang diuji. Lihat juga presipitin. |
threat assessment | taksiran ancaman | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer. |
identification | pengecaman | Sains Forensik | Tiada | Proses mengenal pasti bahan bukti fizikal dengan menggunakan teknologi dan sains forensik. Contohnya, identifikasi DNA forensik melibatkan penggunaan teknologi PCR dan statistik forensik untuk mengenal pasti sumber DNA yang dipertikaikan. |
marketing research | penyelidikan pemasaran | Komunikasi | Korporat | Proses dan aktiviti yang sistematik untuk mengenal pasti, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data kepada pembuat keputusan pemasaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan maklumat bagi merancang strategi pemasaran, peramalan, dan perancangan masalah pemasaran. Selain itu, proses ini digunakan untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan rangkaian hubungan antara pelanggan. Peringkat pelaksanaan aktiviti penyelidikan biasanya mengandungi empat peringkat. Pertama, mengenal pasti masalah atau isu. Kedua, menyediakan kaedah dan peralatan penyelidikan secara saintifik. Ketiga, melakukan penyelidikan. Keempat, menganalisis data serta membuat dan membentangkan laporan. Kaedah yang kerap digunakan adalah kajian lapangan perbincangan kumpulan fokus, serta kajian melalui pos dan elektronik. Aktiviti penyelidikan biasanya dilakukan oleh organisasi yang berkenaan melalui syarikat perunding penyelidikan. |
origin and destination | alasan dan destinasi | Kejuruteraan | Tiada | Jumlah perjalanan yang dikenal pasti bermula dari satu tempat alasan menuju ke suatu tempat lain sebagai destinasi. Jumlah perjalanan ini digunakan untuk mengenal pasti corak perjalanan penduduk di sesuatu tempat. |
address mask | topeng alamat | Teknologi Maklumat | Tiada | Topeng bit yang digunakan untuk mengenal pasti bit dalam alamat IP yang berpadanan dengan rangkaian dan topeng subnet. Penentuan bahagian rangkaian dalam alamat tersebut boleh dikenal pasti melalui pengekodan alamat IP. |
participant observation | pengamatan peserta | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyelidikan pasaran yang mengenal pasti gelagat pengguna sewaktu membuat pilihan pembelian barangan di pasaran dalam tempoh tertentu. Kaedah ini melibatkan pengkaji turut serta dalam sesuatu proses atau keadaan pasaran. Contohnya, pengkaji perlu berada dalam suasana pasaran sebenar pada sesuatu tempoh untuk mengenal pasti tabiat pemilihan dan pembelian barangan. Maklumat yang terkumpul digunakan oleh perancang strategi pengiklanan untuk menyusun strategi pemasaran barangan yang dikaji. Kaedah pengamatan peserta diakui sebagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai tabiat pembelian pelanggan. Kaedah ini juga digunakan oleh pihak syarikat pengeluar atau agensi pengiklanan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan iklan yang telah diterbitkan dan disiarkan. Melalui kaedah ini, pengiklan dapat mengenal pasti tahap sambutan khalayak terhadap barangan yang diiklankan. Pendekatan ini pada asalnya merupakan salah satu kaedah penyelidikan dalam bidang sains sosial. |