gasing pangkah | gasing pangkah | Sukan | Tiada | Sistem permainan gasing oleh dua pasukan dengan satu regu setiap pasukan, satu pasukan pemusing dan satu pasukan pemangkah. Pemangkah akan mematikan pusingan gasing pemusing dengan cara memangkah gasing lawan. Gasing yang digunakan jenis gasing piring, gasing telur dan gasing jantung. |
pasukan | pasukan (Sepak Takraw) | Sukan | Tiada | Tiada |
contingent | kontinjen (pasukan) | Sejarah | Tiada | 1. Kontingen: Sesuatu yang berlaku di luar dugaan atau jangkaan.,2. Kontinjen: Pasukan tentera, atau pasukan tentera laut yang dipinjamkan menjadi pasukan yang lebih besar. |
perlawanan | perlawanan | Sukan | Tiada | Pertemuan antara pasukan dengan pasukan yang lain. |
UN Protection Force (UNPROFOR)) | Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR. |
water polo | polo air | Sukan | Tiada | Permainan yang melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada tujuh 7. orang. |
visiting team | pasukan tamu | Sukan | Tiada | Pasukan yang diundang untuk mengadakan satu pertandingan atau perlawanan persahabatan oleh suatu pasukan. |
anaesthesia care team | pasukan rawatan anestesia | Perubatan | Tiada | Pasukan perawat yang terdiri daripada pengamal perubatan anestesia yang ditugaskan untuk merawat pesakit. Pasukan ini biasanya diketuai oleh seorang pakar anestesia. |
tiger team | pasukan harimau | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pasukan yang terdiri daripada pakar keselamatan komputer yang ditugaskan untuk menguji mekanisme pertahanan suatu sistem komputer. Ujian ini dilakukan dengan mensimulasi suatu pencerobohan berbantukan kaedah pencerobohan sebenar yang mungkin dipakai oleh pengguna hasad. Sekiranya pencerobohan berjaya dilakukan, maka pasukan yang sama akan menilai tahap kerosakan yang boleh berlaku dan memberi cadangan perlindungan tambahan kepada sistem. |
task force | pasukan petugas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kumpulan individu dalam organisasi yang dilantik secara sah dan diberikan amanah serta tanggungjawab untuk menyempurnakan sesuatu tugas dalam sesuatu jangkamasa yang ditetapkan. Pasukan petugas biasanya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh seorang ketua yang memantau perjalanan sesuatu perkara atau projek sehingga selesai. Biasanya pasukan petugas ini dilantik untuk menyelidik dan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara atau projek yang hendak dilaksanakan sebelum ianya diputuskan. Sebagai contoh, pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memperkukuh kualiti pentadbiran organisasi yang lebih dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja). |