PB(petabyte) | PB (petabait) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan bersamaan dengan 250 (1,125,899,906,842,624 bait). Peta berasal daripada perkataan Greek 'pente' yang bermaksud lima. |
PB (petabyte) | PB (petabait) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan yang bersamaan dengan seribu terabait atau 250 (1,125,899,906,842,600 bait). |
lead | plumbum | Kimia | Tiada | Unsur logam dalam kumpulan IVA (atau 14) jadual berkala, simbol Pb, nombor atom 82, berat atom 207.2, nombor pengoksidaan +2 dan +4, takat lebur 327.4°C, takat didih 1755°C, berbentuk pepejal kelabu, lembut, mulur, tahan kakis, pengalir elektrik yang lemah, larut sedikit di dalam air dan terdapat empat isotop yang stabil. Isotop-isotop ini merupakan hasil reputan unsur radioaktif uranium-206, torium-208 dan aktinium-207. Plumbum diperoleh daripada pemanggangan dan penurunan bijih galena (plumbum sulfida), anglesit (plumbum sulfat) dan serusit (plumbum karbonat). Unsur ini digunakan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal dan penyalut kabel. |
lead | dawai; plumbum; ceruk ais; penyambungan; sadap; pelangkau; mendahului; lapor; utama | Kejuruteraan | Tiada | 1. Plumbum: Unsur logam bersimbol Pb dan bernombor atom 82. |
heavy metal | logam berat | Pertanian | Agroteknologi | Logam yang mengandungi graviti spesifik lebih dari 0.5 dan beracun seperti plumbum (Pb) atau raksa (Hg). Penggunaan racun serangga yang melebihi kadar ditetapkan akan menghasilkan kandungan logam berat dalam buah-buahan atau bijirin. Selain itu, penanaman tanaman di atas tanah lombong juga akan mengakibatkan penyerapan logam berat oleh tanaman. Kesan buruk daripada makanan yang mengandungi unsur ini boleh menyebabkan kanser dan berbagai-bagai penyakit kronik kepada manusia. |
detonator | peletus | Kimia | Tiada | Bahan letupan yang digunakan untuk memulakan letupan utama dengan mengeluarkan gelombang kejutan berkelajuan tinggi. Misalnya, plumbum azida, Pb(N3)2. |
partial decay constant | pemalar reputan separa | Fizik | Atom dan Nuklear | Kebarangkalian per unit masa suatu radionuklid mereput kepada satu daripada nukleusnya oleh beberapa mod pereputan. Contohnya, radioisotop Pb mereput dengan memancarkan zarah a yang mempunyai halaju yang berbeza. Setiap pereputan yang menghasilkan halaju zarah a tertentu mempunyai pemalar reputan separa yang berbeza. Sinonim pemalar penyepaian separa. |
basic salt | garam berbes | Kimia | Tiada | Garam yang terbentuk apabila hanya sebahagian oksida atau hidroksida daripada bes digantikan dengan ion negatif lain. Misalnya, plumbum (II) klorida hidroksida, Pb(OH)CI dan bismut (III) klorida oksida, BiOCI. Bdg. garam asid. |
isothermal atmosphere | atmosfera isoterma | Sains | Hidrometeorologi | Atmosfera yang beada dalam keseimbangan hidrostatik yang suhunya tetap mengikut ketinggian dan oleh yang demikian tekanannya berkurangan ke atas pada kadar eksponen. Dalam atmosfera yang sedemikian, ketebalan antara dua aras dihuraikan dengan; zB � zA = RdTv PA g In pB' dengan Rd ialah pemalar gas bagi udara kering; Tv ialah suhu maya (K); g ialah pecutan graviti; dan PA dan PB ialah tekanan pada ketinggian zA dan zB masing-masing. Dalam atmosfera isoterma, tidak terdapat satu aras terhingga yang padanya tekanan lenyap. Istilah ini juga disebut atmosfera eksponen. |
petabyte | petabait | Teknologi Maklumat | Perisian | Unit storan yang merupakan 2⁵⁰ bait, iaitu bersamaan dengan 1,125,899,906,842,624 bait. Satu petabait bersamaan dengan 1024 terabait. Simbol yang digunakan ialah PB. |