core preservation | pengawetan teras | Kejuruteraan | Petroleum | Usaha menjaga atau memelihara keadaan teras supaya tidak mengalami kerosakan fizikal seperti menjadi pecah-pecah, menyerpih atau menjadi peroi setelah teras itu dikeluarkan dari cerompong teras. Kaedah pengawetan yang biasa dijalankan termasuklah menyalutkan teras itu dengan bahan plastik yang dileburkan. Apabila bahan plastik itu membeku kembali, ia akan menyalut teras dengan kuat. Cara lain mengawet teras ialah dengan menyimpan teras itu di dalam bejana yang kedap angin atau di dalam kotak aluminium yang dipaterikan. |
pithiness | mempulur | Biologi | Patologi | Racun ubi jalar, akibat disimpan terlalu lama di dalam suhu tinggi yang melebihi 16oC. Pada bahagian tengah ubi jalar tersebut, nampak kawasan yang pecah-pecah, berongga, berserat dan kering. Kawasan berongga ini boleh bersambung antara satu dengan yang lain hingga membentuk rongga yang besar. |
Fiji disease | penyakit Fiji | Biologi | Patologi | Penyakit tebu yang mula-mula diketahui di Fiji yang disebabkan oleh virus. Pada pokok yang terserang, daunnya pendek, kaku, tegak, dan berwarna hijau tua. Ruasnya pecah-pecah dan terdapat banyak akar pada ruas tersebut. |
sedimentary rock | batuan sedimen | Kimia | Tiada | Batuan yang terbentuk hasil daripada pembatuan butiran-butiran atau serpihan-serpihan batuan (klas) yang telah termendap di dasar lembangan pemendapan. Butiran-butiran ini mungkin bahan pejal yang trmendak keluar daripada larutan seperti garam dan sebagainya dan mungkin juga serpihan-serpihan batuan yang telah pecah-pecah yanag diangkut dari tempat lain, terutamanya dari kawasan daratan. Batuan ini juga biasanya bersifat berlapis-lapis. |
sedimentary rock | batuan sedimen | Kejuruteraan | Petroleum | Batuan yang terbentuk hasil daripada pembatuan butiran-butiran atau serpihan-serpihan batuan (klas) yang telah termendap di dasar lembangan pemendapan. Butiran-butiran ini mungkin bahan pejal yang trmendak keluar daripada larutan seperti garam dan sebagainya dan mungkin juga serpihan-serpihan batuan yang telah pecah-pecah yanag diangkut dari tempat lain, terutamanya dari kawasan daratan. Batuan ini juga biasanya bersifat berlapis-lapis. |
trional poisoning | keracunan trional | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada trional (formula kimia, C8H1804S2), iaitu pepejal nipis berkilat, takat lebur 74�C - 76�C, larut dalam etanol dan eter, larut sedikit dalam air. Trional ialah nama dagang bagi sulfonetilmetana. Ia digunakan sebagai agen hipnotik. Kesan toksik ialah pening, bahagian kaki menjadi kaku atau lumpuh. Kesan ini didapati bersama-sama dengan kulit pecah-pecah dan urin berwarna gelap. Dos oral ialah 0.75 g. |
kelarai pecah lapan | kelarai pecah lapan | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk kelopak pecah lapan. |
pecah lapan | pecah lapan | Kesenian | Tiada | Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk lapan pecahan kelopak. bunga kundur |
pecah enam | pecah enam | Kesenian | Tiada | Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk enam pecahan kelopak. |
pecah empat | pecah empat | Kesenian | Tiada | 1. Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk empat pecahan kelopak. |