chylorrhea | kilorea | Perubatan | Tiada | 1. Aliran kilus akibat pecahnya duktus toraks. 2. Perembesan kilus yang berlebihan. 3. Diarea berkilus akibat pecahnya salur limfa dalam usus kecil. |
cardioclasis | kardioklasis | Perubatan | Tiada | Keadaan pecahnya jantung. |
angiorrhexis | angioreksis | Perubatan | Tiada | Keadaan pecahnya salur darah atau salur limfa. |
choleperitoneum | koleperitoneum | Perubatan | Tiada | Kehadiran hempedu di dalam peritoneum akibat pecahnya saluran hempedu. |
contusion | kontusi | Herba | Fitoterapi | Kecederaan pada bahagian dalam badan tanpa pecahnya kulit akibat hentaman benda yang tumpul. Kontusi menyebabkan perubahan warna kulit yang kelihatan seperti lebam akibat terkeluarnya darah dari pembuluh darah yang pecah. |
contusion | luka memar | Perubatan | Tiada | Luka pada bahagian dalam tubuh tanpa pecahnya kulit akibat hentaman oleh benda yang tumpul. Luka yang dapat dilihat dari luar sebagai lebam ini berlaku akibat terkeluarnya darah dari pembuluh darah yang pecah. |
hemiangiocarpic | hemiangiokarpa | Biologi | Mikologi | Mempunyai himenium muda terangkum yang terdedah oleh kerana pecahnya kelubung penutup. |
amniotic fluid infusion | infusi cecair amnion | Perubatan | Tiada | Kemasukan cecair amnion ke dalam peredaran darah ibu akibat pecahnya sinus vena rahim semasa proses pelahiran. Keadaan ini merupakan salah satu komplikasi pelahiran. |