Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cu.tan] | ڤچوتن

Definisi : hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cu.tan] | ڤچوتن

Definisi : 1 kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. 2 gerakan memecut: ~ yg tiba-tiba itu telah memeranjatkan penumpang keretanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Coriolis accelerationpecutan CoriolisMekanikGunaanKomponen pecutan yang wujud apabila pecutan sesuatu titik diukur secara nisbi terhadap pecutan suatu titik lain, dengan ukurannya dibuat dari paksi yang berputar. Jika pecutan titik A diukur dari titik P yang berada pada paksi yang berputar dengan halaju sudut w, maka pecutan Coriolis diberikan oleh ungkapan, 2w x vA/P dengan vA/P ialah halaju nisbi A diukur dari P. Pecutan Coriolis merupakan perbezaan di antara pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi tak berputar di P terhadap pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi yang berputar di P. Perhatikan bahawa magnitud pecutan Coriolis ialah 2wnA/P dan hala vektornya ditentukan berdasarkan peraturan tangan kanan bagi pendaraban vektor, iaitu bagi gerakan satah dengan vektor w yangnormal terhadap satah gerakan yang mengandungi vA/P dan 2w x vA/P, maka pecutan Coriolis serenjang dengan vA/P dan halanya mengikut putaran w dengan ekor vektor vA/P diambil sebagai pusat putaran yang berkenaan, seperti yang digambarkan dalam Rajah P2. SILA RUJUK RAJAH DI M/S
Coriolis accelerationpecutan CoriolisMatematikTiada1. Pecutan yang apabila ditambahkan kepada pecutan sesuatu objek yang nisbi kepada sistem koordinat dan kepada pecutan memusat, menghasilkan pecutan objek yang nisbi kepada sistem koordinat tetap.
centrifugal accelerationpecutan emparMekanikGunaanKomponen pecutan yang disebabkan oleh halaju sudut paksi rujukan yang berputar. Daripada sudut paksi inilah pecutan diukur. Jika pecutan titik A diukur dari paksi yang berputar di titik P dengan halaju sudut w.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisSainsHidrometeorologiPecutan kompok yang sedang bergerak dalam suatu sistem koordinat nisbi. Jumlah pecutan kompok ini, seperti yang diukur dalam sistem koordinat inersia, boleh dinyatakan sebagai hasil tambah pecutan sistem nisbi itu sendiri dan pecutan Coriolis. Bagi bumi yang bergerak dengan halaju sudutan kompok yang bergerak nisbi terhadap bumi terhadap bumi dengan halaju V mempunyai pecutan Coriolis 2 x V.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisMeteorologiMeteorologi PerhubunganPecutan kompok yang bergerak dalam suatu sistem koordinat relatif. Jumlah pecutan kompok ini, seperti yang diukur dalam sistem koordinat inersia, boleh dinyatakan sebagai hasil tambah pecutan sistem relatif itu sendiri dan pecutan Coriolis. Bagi bumi yang bergerak dengan halaju sedutan ?, kompok yang bergerak relatif terhadap bumi dengan halaju V mempunyai pecutan Coriolis 2? xV.
Archimedean principleprinsip ArchimedesKejuruteraanKejuruteraan KimiaPrinsip yang menyatakan bahawa apabila sesuatu pepejal terapung di dalam cecair, pepejal tersebut akan menyesarkan jumlah isi padu cecair yang sama dengan isi padu pepejal. Prinsip ini menyatakan bahawa daya apungan ialah berat bendalir yang disesarkan oleh pepejal darab pecutan. Pecutan ini mungkin berpunca daripada daya graviti atau daya empar. Daya apungan ini diungkapkan sebagai dengan FB = daya apungan, r = ketumpatan cecair, rs = ketumpatan pepejal, g = pecutan graviti atau empar.
centripetal accelerationpecutan memusatMekanikGunaanPecutan yang dialami oleh jasad yang bergerak dengan laju linear malar apabila jasad itu melalui laluan melengkung. Pecutan ini disebabkan oleh perubahan arah gerakan, yang menyebabkan perubahan halaju walaupun laju tidak berubah. Jika jasad bergerak pada laluan membulat berjejari r dengan laju linear malar v, magnitud pecutan memusat yang berpadanan ialah v2/r. Pecutan ini boleh juga diungkapkan sebagai rw2, dengan w sebagai halaju sudut seragam jasad itu.
Klien’s acceleration diagramgambar rajah pecutan KlienMekanikGunaanGambar rajah pecutan yang dilukis pada gambar rajah mekanisme dan menyerupai gambar rajah pecutan yang sebenar, tetapi arah vektor-vektor pecutan yang terlibat condong daripada arah yang sebenar.
acceleration diagramgambar rajah pecutanMekanikGunaanGambar rajah yang merupakan selesaian grafik bagi persamaan pecutan nisbi yang memerihalkan gerakan satah sesuatu sistem jasad tegar. Penyelesaian secara grafik ini memudahkan analisis kebanyakan masalah, terutama apabila geometri yang terlibat sukar untuk ditulis dalam bentuk sebutan matematik. gambar rajah pecutan dibentuk dengan mula-mula melukiskan semua vektor pecutan yang diketahui pada kedudukannya yang betul dengan menggunakan skala yang sesuai. Vektor-vektor anu yang melengkapkan plogon berkenaan dan memenuhi persamaan vektor pecutan yang terlibat, diukur daripada gambar rajah yang diperoleh itu. Biasanya gambar rajah halaju perlu dilukiskan terlebih dahulu sebelum gambar rajah pecutan boleh dilukis kerana komponen normal bagi pecutan diperoleh dengan menggunakan nilai halaju pada gambar rajah halaju itu. Contoh bagi kes yang mudah diberikan dalam Rajah G4. RAJAH G4 (rujuk mss. 38)
positive accelerated curvelengkung pecutan positif, keluk pecutan positifPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas