Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.da.da] | ڤدادا

Definisi : sj tumbuhan (pokok), bedata, berem­bang, berembung, bidada, gedaba, Sonneratia caseolaris (acida). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedada

Puisi
 

Sayang pedada dimakan kera,
     Jatuh ke pantai dimakan tupai;
Kalau buah masak di para,
     Kujolok juga walau setangkai.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Sonneratia caseolarispedadaHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana besar dalam famili Sonneratiaceae yang dikenali juga sebagai gedabu atau perapat. Pedada hidup liar di hutan bakau dan mempunyai akar udara yang tumbuh tegak. Daunnya tebal bernabu dan berbentuk hampir bulat. Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya berbentuk seperti gasing dan mempunyai kaliks yang kekal membentuk tampuk. Di hujungnya terdapat stil bunga yang kekal sehingga buah masak. Bijinya bersegi-segi, diselaputi isi berwarna putih. Jus buah matang dibuat ubat batuk. Daun yang dilumatkan dengan beras digunakan untuk merawat campak dan menghentikan perdarahan pada luka kecil. Kulit batangnya mengandungi tanin. Buah muda dibuat perasa masakan dan pucuknya dibuat sayur.
bograwaBiologiEkologiKawasan tanah rendah yang lembut dan berair dengan ekosistem yang khusus untuk berbagai-bagai jenis tumbuhan dan haiwan. Tumbuhan herba dan akarnya yang terendam di dalam air, misalnya pedada, Sonneratia sp. merupakan tumbuhan yang dominan di kawasan ini.
perapatperapatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Sonneratia spp. daripada famili Sonneratiaceae. Spesies utamanya termasuk Sonneratia alba, S. caesolaris dan S. ovata. Nama tempatannya di Semenanjung ialah berembang dan gedabu, dan di Sabah ialah pedada dan peraput laut. Gubal kayu perapat berwarna kelabu bagi spesies S. alba dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, sementara S. caesolaris mempunyai gubal kayu dan teras kayu yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya halus dan rata, dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan,dikemas siap, dan dikeringkan, dengan ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu perapat sesuai untuk lantai dan perabot.
habitathabitatHerbaBotani dan BioteknologiKawasan atau persekitaran yang didiami oleh populasi atau individu sesuatu spesies. Faktor cuaca, makanan yang bersesuaian dan tempat berteduh merupakan ciri penting bagi sesuatu habitat. Faktor ini mestilah memenuhi kehendak rantaian hidup setiap spesies di habitat tersebut. Contohnya, hutan paya bakau merupakan habitat bagi pokok berembang dan pedada.

Kembali ke atas