ranging rod | pancang pedoman | Perhutanan | Tiada | Tiada |
ethical norm | norma etika | Sejarah | Tiada | Panduan atau pedoman yang menentukan keharusan, kebolehan atau suatu larangan berdasarkan nilai-nilai etika atau susila dalam sesebuah masyarakat. |
teaching point | isi pengajaran | Pendidikan | Tiada | Perincian yang terkecil dalam rancangan mengajar atau pedoman yang dipersembahkan dalam program pengajaran. |
Mercator chart | carta Mercator | Matematik | Tiada | Carta pada unjuran Mercator yang biasanya digunakan sebagai pedoman pandu arah di laut. |
groups norms | norma kelompok | Komunikasi | Tiada | Pola standard terhadap perilaku kelompok dalam sesuatu masyarakat yang menjadi pedoman hidup bagi anggota kelompok tersebut. |
online documentation | dokumentasi dalam talian | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen salinan lembut yang boleh dicapai melalui Internet. Lazimnya dokumen ini disediakan oleh syarikat pengeluar perisian dan perkakasan, syarikat perkhidmatan, kerajaan dan organisasi bagi memerihalkan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan, atau kertas putih, polisi dan lain-lain. Sesetengah syarikat menyediakan dokumen dalam talian yang mampu berinteraktif dengan pengguna misalnya tutorial untuk memahami atau menyelesaikan masalah. Contohnya dokumen pedoman umum ejaan bahasa Melayu yang boleh dicapai dari www.dbp.gov.my. Lihat bantuan dalam talian. |
tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam |