reniform | reniform | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun seperti ginjal. Contohnya, daun pegaga air (Hydrocotyle asiatica). |
peltate | peltat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun yang tangkainya terletak di tengah bahagian bawah daun. Contohnya, pegaga air (Hydrocotyle asiatica). |
peltiform | peltiform | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun yang bulat dengan tangkainya di tengah bahagian bawah daun. Contohnya, pegaga air (Hyrocotyle sibthorpioides) dan teratai (Nelumbo nucifera). |
dentate | dentat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk tepi daun yang bergerigi kasar, tajam dan mengarah keluar dari lai daun. Contohnya, pegaga nyonya (Centella asiatica). |
runner | rayap | Herba | Botani dan Bioteknologi | Batang yang kecil dan lampai, mengandungi ruas yang panjang, menjalar atau merayap di atas permukaan tanah. Contohnya, pegaga (Centella asiatica) dan rumput aur (Commelina diffusa). |
runner | rayapan | Botani | Tiada | Batang jenis menjalar yang kecil dan tampal dengan ruas-ruas yang panjang, merayap di atas permukaan tanah dan mengeluarkan akar adventitus di bahagian bukunya. Contohnya, pegaga dan kekacang penutup bumi. |
Fresh vegetable | Ulaman | Pertanian | Tiada | Merujuk kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan. Ulaman juga mempunyai khasihat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contoh ulaman ialah pegaga, ulam raja, selom, ubi kayu, cekur, putat dan sebagainya. |
fresh vegetable | sayur segar | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan. |