Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak, kaku: gambar ~; memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar; terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak: keadaan ~. memegunkan menyebabkan pegun. terpegun tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegun
Kata Terbitan : terpegun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stall warningamaran pegunAeroangkasaTiadaSatu peranti yang memberi amaran kepada juruterbang apabila penerbangan menghampiri keadaan pegun supaya bertindak untuk mengelakkan pegun berlaku.,Satu peranti yang memberi amaran kepada juruterbang apabila penerbangan menghampiri keadaan pegun supaya bertindak untuk mengelakkan pegun berlaku.
lee wavegelombang teduh anginSainsHidrometeorologiSistem gelombang udara pegun (gelombang pegun) yang terbentuk dalam keadaan tertentu di sisi teduh angin bukit atau gunung yang menjadi penghalang kepada angin. Kewujudan angin sedemikian kadang kala ditunjukkan dengan adanya awan hampir dengan puncak gelombang (awan gelombang teduh angin). Kepanjangan gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang yang bersebelahan biasanya antara 4 - 40 km. Amplitud geljmbang teduh angin, iaitu separuh jarak tegakan dari palung ke puncak gelombang, amat kecil pada aras yang amat rendah dan amat tinggi dan mencapai maksimum pada aras pertengahan. Keadaan meteorologi yang sesuai untuk pembentukan gelombang teduh angin ialah; suatu lapisan udara stabil di antara lapisan kurang stabil bumi dan di aras lebih tinggi; angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 knot merentasi bahagian atas banjaran; dan kemalaran arah angin sehingga ke bahagian atas lapisan stabil. R.S. Scorer menyatakan keadaan yang diperl
high speed stallpegun laju tinggiAeroangkasaTiadaPegun yang berlaku dengan cepat pada halaju tinggi yang menyebabkan sudut serang mencapai tahap pegun, lazimnya berlaku semasa belokan tajam dalam penerbangan laju.,Panggilan kecemasan sebelum melakukan pendaratan paksa.,Pegun yang berlaku dengan cepat pada halaju tinggi yang menyebabkan sudut serang mencapai tahap pegun, lazimnya berlaku semasa belokan tajam dalam penerbangan laju.
lee wavegelombang teduh anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem gelombang udara pegun (gelombang pegun) yang terbentuk dalam keadaan tertentu di sisi teduh angin bukit atau gunung yang menjadi penghalang kepada angin. Kewujudan angin sedemikian kadangkala ditunjukkan dengan adanya awan hampir dengan puncak gelombang (awan gelombang teduh angin). Panjang gelombang teduh angin biasanya antara 4 ? 40 km. Amplitud gelombang teduh angin amat kecil pada aras yang amat rendah dan amat tinggi dan mencapai maksimum pada aras pertengahan. Keadaan meteorologi yang sesuai untuk pembentukan gelombang teduh angin ialah suatu lapisan udara stabil di antara lapisan kurang stabil bumi dan di aras lebih tinggi; angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 knot merentasi bahagian atas banjaran; dan kemalaran arah angin sehingga ke bahagian atas lapisan stabil.
shock stallpegun kejutAeroangkasaTiadaPegun yang berlaku dengan cepat pada halaju tinggi yang menyebabkan sudut serang mencapai tahap pegun, lazimnya berlaku semasa belokan tajam dalam penerbangan laju. Sinonim: high speed stall.
still photographyfotografi pegunKomunikasiTiadaFotografi yang menggunakan kamera pegun untuk merakam imej bersifat hitam-putih atau warna untuk dijadikan gambar pegun.
size exclusion chromatographykromatografi pengecualian saizHerbaFitokimiaKaedah kromatografi penelapan sebatian pada fasa pegun berasaskan saiz. Fasa pegun yang digunakan ialah matriks jenis gel yang mempunyai liang dengan saiz tertentu, contohnya, Sephadex LH-20. Pemisahan terjadi apabila molekul yang kecil terperangkap pada liang ini, manakala molekul yang besar akan terelusi keluar. Kaedah ini dikenali juga sebagai kromatografi penelapan gel atau penurasan gel.
stallpegunAeroangkasaTiadaPegun: Pemisahan sepenuhnya aliran sempadan dari permukaan atas aerofoil dan mengakibatkan pengurangan besar atau kehilangan sepenuhnya daya angkat.
low speed stallpegun laju rendahAeroangkasaTiadaPegun yang berlaku apabila laju penerbangan sangat rendah.
still camerakamera pegunPendidikanTiadaKamera untuk mendapatkan gambar pegun.
12345678910...

Kembali ke atas