photoconductor | fotopengalir | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti daripada bahan semipengalir, yang rintangannya menurun apabila permukaannya yang peka dicahayai.,2. Perintang peka cahaya yang rintangannya menurun dengan peningkatan keamatan cahaya, apabila dicahayai.,3. Peranti yang rintangan elektriknya berubah dengan pendedahan kepada cahaya.,4. Bahan, biasanya pepejal bukan logam, yang keberalirannya bertambah apabila ia didedahkan kepada sinaran elektromagnet.,5. Logam, seperti selenium atau kadium sulfid yang berkeupayaan mengalirkan dan menyimpan cas-cas elektrik. |
laminar corium | korium lamina | Veterinar | Praklinikal | Lapisan antara permukaan tulang keranda dengan dinding telapuk. Korium lamina terbahagi kepada lamina peka dan lamina tidak peka. Struktur ini teguh dan berupaya menampung berat badan. Korium lamina juga berfungsi untuk membekalkan nutrien kepada telapuk. |
radiosensitive | peka pancar | Kejuruteraan | Tiada | Peka terhadap kerosakan oleh tenaga sinaran. |
panchromatic | filem peka biru | Komunikasi | Tiada | Filem yang peka kepada semua warna yang kelihatan dalam spektrum cahaya iaitu daripada warna biru hingga warna merah. pankromatik. |
noise sensitivity | peka hingar | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sifat peka kepada bunyi bising yang dikeluarkan oleh sesuatu punca bunyi. |
sensitive region | kawasan peka | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian sel yang peka pada sinaran. |
sensitive volume | isipadu peka | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian sel yang peka pada sinaran. |
insensitive time | masa tak peka | Kejuruteraan | Tiada | Tempoh bagi sesuatu peranti elektrik menjadi tidak peka terhadap input atau rangsangan baru sebaik sahaja menerima input atau rangsangan sebelumnya. |
blind spot | tompok tak peka | Veterinar | Praklinikal | Titik masuk saraf optik ke retina. Bahagian ini tidak peka kepada cahaya. Sinonim titik buta. |
initiating explosives | bahan letupan permulaan | Kimia | Tiada | Bahan letupan yang sangat peka terhadap kejutan mekanik, nyalaan, dan haba. bahan letupan ini digunakan sebagai peletus untuk memulakan peletupan bahan letupan yang kurang peka. Misalnya, merkuri fulminat, plumbum azida, dan argentum asetilida. |