pectin | pektin | Kimia | Tiada | Polisakarida kompleks yang diperoleh daripada buah dan tumbuhan. Ciri utama pektin ialah keupayaannya menjadi seperti agar-agar pada suhu bilik. Pektin yang diekstrak berbentuk serbuk putih atau pati sirap, larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam pelarut organik. Pektin lazimnya diperoleh daripada pengekstrakan bahagian dalaman kulit buah sitrus dengan asid cair. Sebatian ini digunakan sebagai koloid pelindung, agen pengemulsi, agen pendehidrat dan dalam perusahaan bahan makanan, bahan kosmetik dan bahan ubat. |
pectin | pektin | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Karbohidrat kompleks yang terdapat dalam dinding sel tisu tumbuhan. Pektin digunakan sebagai agen pengegel dalam pembuatan jem dan jeli dan agen penstabil dan pelindung dalam makanan lain. Pektin komersial biasanya diekstrak daripada buah epal dan buah-buahan sitrus. |
pectin | pektin | Biologi | Histologi dan Sitologi | Karbohidrat putih dan tak berhablur di dalam dinding sel buah-buahan dan sayur-sayuran sukulen, yang wujud sebelum selulosa dienapkan. Pektosa merupakan bentuk asid pektin tak larut yang menjadi bahan utama dinding sel muda dan boleh berubah menjadi pektin yang dilarutkan oleh pektase apabila buah itu masak. |
pectin | pektin | Herba | Fitokimia | Makromolekul berkoloid yang berkait rapat dengan kumpulan polisakarida. Pektin ialah polimer asid glukuronik melalui penggandingan dalam bentuk ester. Bahan ini ditemui dalam tumbuhan terutamanya pada bahagian buah. Struktur rantai panjang molekul ini membolehkannya membeku sebagai 50% larutan akueus gula. Apabila larutan panas bahan ini disejukkan, gerakan molekul yang menurun menyebabkan molekul terbelit antara satu dengan yang lain dan memerangkap air lalu membentuk struktur gel. Bahan ini digunakan khususnya untuk membuat jeli atau seumpamanya, dan digunakan sebagai pemekat atau penstabil dalam perusahaan makanan. |
pectinate hypha | hifa pektin | Biologi | Mikologi | 1. Hifa yang tersusun bak gigi sikat. 2. Hifa yang dindingnya mengandungi pektin (polisakarida kompleks), misalnya pada Byssochlamys fulva (Ascomycetes). |
pectin substances | bahan pektin | Veterinar | Tiada | Sekumpulan polisakarida yang terdiri daripada asid gula. Bahan ini membina dinding sel dan lamela tengah antara dinding sel. Sebagai karbohidrat larut air, bahan ini merupakan sumber tenaga pada ternakan. Dengan tindakan enzim, bahan ini berubah menjadi pektin yang merupakan agen pengejel yang digunakan dalam pembuatan jem dan jeli. |
pectolytic enzymes | enzim pektolisis | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang berupaya menguraikan bahan-bahan yang terdiri daripada pektin. Enzim ini dihasilkan oleh bakteria dan kulat, dan terdiri daripada enzim nyahpempolimeran dan pektin esterase. Enzim nyahpempolimeran terdiri daripada enzim endopoligalakturonase atau galakturonopoligalakturonase dan transeliminase. Enzim ini dihasilkan oleh Aspergillus niger atau Sclerotinia libertinia secara fermentasi dalam keadaan pepejal. Kegunaannya adalah untuk menjernihkan jus buah-buahan. |
pectolytic enzyme | enzim pektolitik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Enzim yang memecahkan pektin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang juga dikenali sebagai pektinase. Enzim ini diguna untuk menghilangkan kekeruhan yang disebabkan oleh kehadiran pektin dalam pengeluaran jus buah-buahan dan wain. |
pectin | pektin | Kimia | Tiada | Tiada |
pectin | pektin | Sosiologi | Tiada | Tiada |