Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.bur] | ڤلابور

Definisi : sl makanan dll yg sudah ditentukan, catu, rangsum: Sultan Iskandar Shah menyuruh mengeluarkan beras kpd bendahari akan ~ segala rakyat; ~ habis Palembang tak alah prb modal telah banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bur] | ڤلابور

Definisi : 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburan­nya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bur] | ڤلابور

Definisi : 1 orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2 bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelabur

Peribahasa

Arang habis binasa,
     tukang hembus penat saja.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deterrent to investmenthalangan pelaburanEkonomiTiadaPerkara yang tidak menggalakkan pelabur-pelabur melabur, seperti ketakstabilan politik, dasar ekonomi yang sering berubah, peraturan pelaburan yang tidak jelas.
advisory services centre on investmentpusat khidmat nasihat pelaburanEkonomiTiadaSuatu tempat atau agensi yang berperanan memberi nasihat dan panduan dalam berbagai aspek pelaburan dengan tujuan untuk menyenangkan pelabur-pelabur melabur.
industry guidespanduan industriEkonomiTiadaMaklumat penting untuk membantu pelabur atau bakal pelabur menjalankan aktivitinya seperti syarat, peraturan dan undang-undang, insentif dan institusi yang terlibat dan adat resam yang perlu difahami untuk membantu pelabur menjalankan aktivitinya.
repurchase agreement (REPO)perjanjian belian semulaPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk instrumen pasaran wang yang melibatkan jualan satu aset kewangan jangka pendek oleh seorang pelabur kepada pelabur yang lain, dan penjual bersetuju untuk membelinya semula pada satu tarikh yang ditentukan pada harga yang telah ditetapkan.
equity policydasar polisiEkonomiTiadaDasar yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan di kalangan penduduk tempatan dengan cara perkongsian ekuiti antara pelabur tempatan dengan pelabur asing atas dasar usaha sama.
graveyard marketpasaran buntuPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan pasaran yang kelihatan seperti tempat pengebumian. Pelabur yang sudah berada di dalamnya tidak boleh keluar dan pelabur yang di luar pasaran pula adalah bearis dan pelabur yang rugi tidak sanggup lagi merealiskan kerugiannya dan yang di luar pula lebih baik memegang tunai.
bearbear (pelabur)Pentadbiran PerniagaanTiadaPelabur yang percaya bahawa pergerakan harga pasaran akan menurun.
institutional investorspelabur institusiPentadbiranTiadaPelabur institusi yang boleh membeli saham secara besar-besaran.
informed investorpelabur termaklumPentadbiran PerniagaanTiadaPelabur yang membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat yang sah dan pengetahuan yang cukup.
retail investorpelabur runcitPentadbiran PerniagaanTiadaPelabur individu yang mempunyai jumlah pelaburan yang kecil.
12345678910...

Kembali ke atas