Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.la.gi/] | ڤيلاݢيق

Definisi : (pélagik) 1. dijalankan di laut terbuka (bkn penangkapan ikan, paus dsb); 2. terdapat atau hidup berhampiran dgn bahagian per­mukaan laut terbuka (bkn hidup-hidupan laut): plankton merupakan organisma ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelagik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pelagic fishikan pelagikPerikananTiadaIkan yang hidup di dalam lautan yang luas dan sebahagian besarnya berada di lapisan permukaan perairan. Ikan ini biasanya hidup berkelompok dalam kumpulan yang besar, sama ada untuk mencari makanan, bermigrasi atau membiak. Ikan pelagik terdiri daripada dua jenis, iaitu pelagik besar seperti ikan tuna dan mersuji, dan pelagik kecil seperti ikan kembung dan selar.
pelagic depositmendapan pelagikGeografiTiadaEndapan laut dalam yang tidak dipengaruhi oleh bahan daripada dataran dan terbentuk daripada sisa-sisa organisma marin pelagik seperti ooz dan lempung merah.
pelagicpelagikBiologiEkologiBerkaitan dengan organisma yang hidup bebas di zon permukaan dan pertengahan sungai, tasik, dan laut, dan mendapat segala keperluan hidupnya di kawasan berkenaan. Ada dua jenis organisma pelagik, iaitu nekton dan plankton.
frigate tunaaya selasihPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Auxis thazard, iaitu sejenis ikan yang berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna kebiru-biruan, bahagian perut berwarna putih, manakala bahagian atas kepalanya berwarna keungu-unguan gelap atau hampir hitam. Ikan jenis ini berenang dalam kumpulan besar pada musim tenang dan gemar memakan ikan pelagik kecil dan plankton. Tabiat ikan ini suka berkumpul di bawah objek terapung seperti batang kayu, peranti pengumpul ikan atau objek-objek lain. Ikan ini menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang suka melawan. Nama lain bagi ikan ini ialah tongkol selasih dan bakulan.
pelagicpelagikGeografiTiadaTiada
pelagicpelagikPerikananTiadaTiada
pelagicpelagikPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pelagicpelagikPerikananTiadaBerkaitan dengan hidupan terutamanya haiwan yang hidup di antara permukaan laut hingga ke kawasan berhampiran dasar tetapi jauh daripada pinggir laut atau pantai.
pelagic environmentpersekitaran pelagikGeografiTiadaTiada
pelagic zonezon pelagikGeografiTiadaZon permukaan terdedah yang berbeza daripada zon dasar laut dan zon pesisir dan mengandung organisma seperti plankton dan nekton.
123456

Kembali ke atas