tape racing | pintas pesanan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Teknik yang dijalankan oleh broker untuk memasukkan pesanan personal lebih dahulu daripada pesanan pelanggannya untuk mengambil kesempatan daripada pergerakan harga yang dijanakan oleh pesanan pelanggannya. |
bank charge | caj bank | Pentadbiran | Tiada | bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh bank kepada pelanggannya. |
public relations agency | agensi perhubungan awam | Komunikasi | Tiada | Organisasi yang memberi khidmat perunding kepada pelanggannya seperti merancang, mengatur program dan melaksanakan kempen perhubungan awam. Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini meliputi perkhidmatan mengadakan saluran komunikasi antara pelanggan dengan khalayak sasaran, pengurusan, hal ehwal awam, perhubungan industri dan sebagainya. Pelanggan sesebuah agensi ini terdiri daripada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan sukarela atau kumpulan-kumpulan individu. |
wire photo | foto kawat | Komunikasi | Tiada | Foto yang dikirimkan oleh agensi akhbar kepada syarikat media yang menjadi pelanggannya melalui kawat. |
with recourse factoring | pemfaktoran bantu | Pentadbiran | Tiada | Jenis pemfaktoran yang memberi peluang kepada syarikat pemfaktor untuk menuntut pembayaran daripada pelanggannya jika penghutang gagal membayar balik hutang. |
reinsurance broker | broker insurans semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu atau organisasi yang menempatkan insurans semula bagi pihak syarikat mengesid yang merupakan pelanggannya. |
banker's discount | diskaun jurubank | Ekonomi | Tiada | Perbezaan antara nilai muka bil pertukaran atau nota janji, yang dibeli oleh bank daripada pelanggannya dengan jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pelanggan bank tersebut. Perbezaan ini merupakan diskaun yang dipotong oleh bank dan faedah yang dikenakan terhadap tempoh masa pemegangan bil pertukaran atau nota janji sebelum bil itu boleh dibayar, dan dicampurkan pula dengan caj yang dikenakan terhadap darjah risiko yang terlibat. |
clients charter | piagam pelanggan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian. |
dealer | wakil penjual/peniaga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Individu yang membeli dan menjual. 2. Ejen firma broker yang mempunyai lesen untuk berjual beli saham, komoditi, dan opsyen yang mewakili pelanggannya dengan menerima gaji tetap. |
clipping bureau | biro keratan akhbar | Komunikasi | Tiada | Syarikat yang menyediakan perkhidmatan keratan akhbar. Syarikat ini juga menyediakan bahan iklan dan mengenal pasti pihak-pihak yang boleh mempengaruhi kedudukan organisasi yang menjadi pelanggannya. |