seniority | kekananan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kedudukan yang lebih tinggi dalam struktur pentadbiran. Terdapat beberapa cara menentukan kekananan. Pertama, penentuan berdasarkan kepada tarikh pelantikan. Seseorang yang lebih lama dilantik adalah lebih kanan berbanding dengan kakitangan yang lain. Sekiranya tarikh pelantikan adalah sama bagi beberapa orang pegawai, maka tarikh kekananan mereka akan ditentukan mengikut susunan bilangan pilihan temuduga suruhanjaya. Kedua, penentuan berdasarkan meritokrasi. Kecemerlangan perkhidmatan seseorang boleh melonjakkan kedudukannya ke suatu jawatan yang lebih tinggi. Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh mendaki struktur hierarki dengan lebih cepat. Kelazimannya kekananan seseorang akan mempengaruhi kedudukannya dalam pentadbiran dan proses kenaikan pangkat. |
installation ceremony | upacara pelantikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
power of appointment | kuasa pelantikan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
tawkil | melantik wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pelantikan satu pihak sebagai wakil melalui akad wakalah. Pewakilan boleh dilaksanakan melalui ijab kabul, keizinan atau kelulusan. Tawkil boleh dilakukan secara mutlak atau bersyarat dalam pelbagai urusan. |
installation | pertabalan | Undang-undang | Tiada | Upacara bagi merasmikan pelantikan raja. |
niyabah shar‘iyyah ijbariyyah | wakil syarak dengan paksaan | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang dilantik oleh syarak atau mahkamah untuk menjalankan urusan tertentu yang diharuskan oleh syarak bagi pihak orang yang tidak sempurna kelayakannya. Contoh pelantikan oleh syarak ialah bapa sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi anaknya (sultah asliyyah) dan pelantikan oleh mahkamah ialah wasi sebagai wakil pengawasan dan pengurusan bagi individu kanak-kanak (sultah niyabiyyah). Kuasa pengawasan ini terbahagi kepada dua, iaitu wilayah ‘ala nafs dan wilayah ‘ala mal. |
الشورى | syura | Agama Islam | Fiqh | Pemesyuaratan yang dilakukan oleh ahli untuk memutuskan sesuatu masalah. Contohnya, pelantikan Khalifah Uthman bin ‘Affan. |
ministerial reshuffle | rombakan kementerian | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penyusunan semula kementerian dan kabinet yang dilakukan oleh ketua kerajaan untuk tujuan tertentu bagi menyuntik semangat kerja yang lebih kukuh, pemantapan pentadbiran negara dan bagi mengisi kekosongan portfolio. Rombakan ini bukan sahaja melibatkan pelantikan ahli yang baru tetapi juga pembentukan kementerian atau dasar baru yang dipercayai boleh memantapkan lagi pentadbiran negara. Dalam konteks negara Malaysia Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam rombakan kabinet dan kementerian. |
contract of restriction | akad penyekatan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang melarang seseorang daripada menjalankan tugas atau fungsi. Tujuan akad ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kecekapan serta mengelakkan salah laku atau pecah amanah. Contohnya, larangan seseorang yang muflis menjadi penjamin, penarikan semula tauliah dan penamatan pelantikan amil sebagai wakil baitulmal. |
political management | pengurusan politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbiran yang dilakukan terhadap pejabat dalam usaha menangani pelbagai krisis politik, tindakan politiking, fitnah dan tikam belakang yang berlaku dalam politik pejabat. Pengurusan ini cuba mengelak atau mengendurkan ketegangan yang wujud dalam organisasi. Pengurusan politik boleh juga dilihat dari sudut yang lain seperti pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi, pembahagian kerja, penyusunan hierarki, kenaikan pangkat, pemberhentian atau persaraan. |