Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.wan] | ڤلاون

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), keruntum, seluncur, Tristania subauriculata; 2. sj tum­buhan (pokok), canjal, kayu mulu, seluncur, Tristania sumatrana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wan] | ڤلاون

Definisi : (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wan] | ڤلاون

Definisi : orang yg (suka) melawan; penentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pelawanpelawanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Tristania spp. daripada famili Myrtaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk keruntum dan seluncur, di Sabah ialah pelawan-pelawan, dan di Sarawak ialah malaban, melaban, dan seluncur. Spesies utamanya termasuk Tristania merguensis, T. obovata, dan T. whitiana. Gubal kayunya berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 1250 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sangat tahan, mudah dikemas siap tetapi sukar dikerjakan. Kayu pelawan sesuai digunakan untuk kerja binaan berat, rangka bot, lantai tahan lasak, dan kerja binaan di persekitaran laut.

Kembali ke atas