Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.leng.ka.pan] | ڤلڠکڤن

Definisi : perihal melengkapi (me­lengkapkan, memperlengkap): ia juga ber­guna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tam­bahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.leng.ka.pan] | ڤلڠکڤن

Definisi : perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
well completionpelengkapan telagaKejuruteraanPetroleumSegala kegiatan dan kaedah yang diperlukan dalam menyiapkan sesebuah telaga untuk pengeluaran minyak atau gas. Kaedah yang digunakan bergantung pada ciri dan sifat formasi pengeluaran yang bersangkutan. Teknik-teknik ini termasuklah pelengkapan lubang terbuka, pelengkapan penebukan biasa, pelengkapan pengawalan pasir, pelengkapan tanpa tetiub dan pelengkapan dalam bentuk mini.
perforated completionpelengkapan tertebukKejuruteraanPetroleumSejenis pelengkapan telaga. Dalam pelengkapan ini, tetiub, selongsong pengeluaran dan/atau pelapik ditebuk bagi mewujudkan hubungan aliran yang lebih baik di antara lubang telaga dengan formasi produktif. Proses penebukan tersebut dilakukan dengan menggunakan penembak penebukan misalnya penebuk peluru, penebuk jet dan lain-lain. dengan demikian, daya pengeluaran formasi berkenaan boleh ditingkatkan.
assemblingpelengkapanPerpustakaanTiadaPelengkapan: Proses mengumpul dan menyatukan helaian yang tercerai daripada sesebuah buku untuk jilidan.
liner completionpelengkapan lapikKejuruteraanTiadaPelengkapan telaga yang menggunakan lapik.
perforated completionpelengkapan tebukKejuruteraanTiadaPelengkapan telaga yang selongsong pengeluaran dan/atau pelapiknya ditebuk.
liner completionpelengkapan pelapikKejuruteraanPetroleumPelengkapan telaga yang menggunakan pelapik bagi mendapatkan perhubungan di antara reserbor dengan lubang telaga serta bagi mengatasi beberapa masalah yang berhubungan dengan masuknya benda-benda yang tidak dikehendaki dari reserbor ke dalam lubang telaga semasa telaga berkenaan berpengeluaran. Pelapik umumnya dipasang di hujung bawah retentan selongsong pengeluaran. Benda-benda asing yang tidak dikehendaki ialah seperti pasir, batuan sedimen dasar dan lain-lain. dengan adanya pelapik, kemasukan benda-benda asing tersebut boleh dicegah atau dikurangi.
conventional completionpelengkapan lazimKejuruteraanTiadaKaedah pelengkapan telaga dengan tiub dipasang di dalam selongsong berdiameter 4 1/2 inci atau lebih.
tubingless completionpelengkapan tanpa tetiubKejuruteraanTiadaPelengkapan telaga tanpa mempunyai tiub tetapi pengeluaran disalurkan ke permukaan melalui selongsong pengeluaran.
miniaturized completionpelengkapan miniKejuruteraanTiadaKaedah pelengkapan telaga yang menggunakan selongsong pengeluaran berdiameter lebih kecil daripada 4.5 inci.
multiple completionpelengkapan gandaKejuruteraanTiadaKaedah pelengkapan telaga dengan mengeluarkan minyak secara berasingan daripada beberapa lapisan formasi.
1234567

Kembali ke atas