mortise-and-tenon joint | tanggam puting pelidah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanggam yang mengandungi pelidah di satu hujung dan lubang alur di hujung anggota yang satu lagi untuk mengikat dengan kemas sambungan yang terbentuk. Tanggam jenis ini digunakan dalam pembuatan laci meja yang diperbuat daripada kayu. |
sarune | sarune | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan pelidah. Sarune diperbuat daripada buluh yang agak pendek dengan empat lubang jari. Alat muzik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu buluh kecil pendek dan buluh besar. Buluh kecil pendek mempunyai sekeping pelidah yang dipotong daripada permukaan buluh kecil pada sisinya. Batang padi juga boleh digunakan untuk menggantikan buluh pendek tersebut. Buluh kecil dengan pelidah kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh yang lebih besar dan ditiup pada pangkalnya untuk menghasilkan melodi. Kadangkala dua sarune dipasang secara berkembar untuk menguatkan bunyi. Sarune berkembar ini dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Alat muzik ini menghasilkan melodi dalam ensembel caklempong oleh suku kaum Minangkabau di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia. |
accordion | akordion | Muzik | Tiada | Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan pelidah tanpa kawalan. Badan alat muzik ini berbentuk korak, mempunyai papan nada kecil dan belos. Apabila belos digerakkan, udara akan melalui pelidah yang terdapat dl dalam kotak alat tersebut. Alat tnuzik ini dimainkan dalam ensembel muzik asli, joget dan ronggeng di Malaysia. |
bungkau | bungkau | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Bungkau mempunyai pelidah yang dipasang pada rangka yang dipetik. Alat ini dimainkan dengan meletakkannya pada bibir pemain dan seterusnya rangka dipetik. Pelidahnya akan bergetar dan mulut pemain berfungsi sebagai alat bergaung. Bungkau juga dimainkan sebagai alat soIo oleh beberapa suku kaum asli di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Alat muzik ini dikenali sebagai bungkau di Sabah, ruding dan junggon di Sarawak serta ranggong di Semenanjung Malaysia. |
joint | tanggam | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kaedah menyambung atau mencantumkan kedua-dua anggota struktur dengan cara membuat alur, pelidah ataupun takukan pada bahagian tepi atau hujung anggota yang akan disambungkan. |
vee joint | tanggam V | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tanggam yang digunakan pada tingkap kayu atau kayu yang mempunyai pelidah berbentuk V. |
strip flooring | kemasan lantai jalur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kemasan lantai dalam bentuk jalur kayu panjang yang dicantumkan dengan menggunakan tanggam putting dan pelidah. |
arghul | arghul | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon berpelidah yang diperbuat daripada buluh. Alat ini berbentuk dua tiub buluh yang digam dengan damar dan diikat dengan tali.Setiap tiub mempunyai satu pelidah. Alat muzik ini dimainkan dalam muzik rakyat Turki.Arghul dikenali juga sebagai yarul. |