Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.log] | ڤيلو

Definisi : (pélog) Jw laras atau nada bunyi gamelan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelog


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pelogpelogMuzikTiada

 Skel tujuh not dalam gamelan Jawa. Jeda di antara satu not dengan not yang lain tidak sama besar. Skel pelog dimainkan dalam tiga mod atau pathet. Not keempat dalam skel pelog dikenali juga sebagai pelog

pelog (Mal)pelogKesenianTiadaSkala tujuh nada dalam muzik gamelan Jawa.
pathetpathetMuzikTiada

 Mod dalam skel pelog dan slendro bagi muzik gamelan Jawa yang mengandungi formula melodi, pic yang ditekankan dan kontur melodi tertentu. Contoh formula melodi dalam skel pelog pathet lima ialah 5421 atau 5321, sementara pic yang ditekankan ialah 1 dan 5. Formula melodi pelog pathet nem ialah 2165, sementara pic yang ditekankan pula ialah 2 dan 5. Formula melodi pelog pathet barang ialah 3276, pic 6 dan 2 ditekankan. Formula melodi slendro pathet nem ialah 6532, pic 2 ditekankan. Bagi slendro pathet sanga, formu­la melodinya ialah 2165, dan pic 5 ditekankan. Sementara formula melodi slendro pathet manyura ialah 3216 dan pic 6 ditekankan. Setiap pathet dikaitkan dengan suasana atau perasaan dan digunakan pada waktu persembahan wayang kulit yang berlainan. Sinonim patet. Lihat juga pelog, slen­dro.

pitupituKesenianTiadaNada tujuh dalam skala pelog.
gamelan gong kebyargamelan gong kebyarMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar.
demungdemungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sehagai idiofon yang dipukul. Demung terdiri daripada beberapa keping gangsa yang dipanggil wilahan dan ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Kepingan tersebut diletakkan mendatar di atas kotak kayu dan dipukul dengan pemukul kayu. Saiznya besar dan tingkat nadanya rendah. Alat ini dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa di Indonesia.

celempungcelempungMuzikTiada

 Alat muzik traditional yang diklasinkasikan sebagai kordofon. Cclempung merupakan ziter yang dipetik, berbentuk kotak dan bertali logam yang dipetik dengan jari. Tali dilaraskan atau ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Alat ini dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa di Indonesia.

saihsaihMuzikTiada

 Mod atau skel muzik Bali. Contohnya, saih gender wayang ialah skel lima not yang mempunyai kaitan dengan skel slendro dalam muzik Jawa yang mengiringi wayang. Manakala saih pitu pula ialah skel tujuh not yang mempunyai kaitan de­ngan skel pelog dalam muzik Jawa yang mengiringi gamelan gambuh dan gamelan gambang.

saronsaronMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Saron diperbuat daripada beberapa kepingan gangsa yang diletakkan secara mendatar di atas kotak kayu. Kepingan gangsa tersebut ditiunkan dalam skel slendro dan pelog di Indonesia, sementara di Malaysia kepingan gangsanya ditiunkan dalam skel pentatonik. Kesemua kepingan gangsa dipukul dengan pemukul kayu. Saron yang berasal dari Indonesia dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu di Malaysia. Alat muzik tersebut terdapat dalam tiga saiz, iaitu saron bersaiz kecil, saron bersaiz sederhana dan saron bersaiz besar.

sitersiterMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Siter terdiri daripada badan berbentuk kotak segi empat bujur. Beberapa utas tali logam dipasang pada badan dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini ditiunkan dalam skel slendro atau pelog. Alat muzik ini menghasilkan melodi dalam lagu gamelan di Indonesia.

12

Kembali ke atas