forward branching | bahagian langkau | Pendidikan | Tiada | Peluang-peluang yang diperuntukkan kepada pelajar untuk melangkau beberapa batasan bidang apabila memberi jawapan yang betul kepada sesuatu ujian. |
odds on | peluang mencapai; peluang besar | Matematik | Tiada | (Bagi suatu saingan) mempunyai lebih peluang untuk menang daripada kalah. |
financial information system | sistem maklumat kewangan | Teknologi Maklumat | Perisian | Sistem yang digunakan untuk mengurus dan merancang aset kewangan syarikat seperti aliran tunai, saham, bon dan pelaburan lain bagi memaksimumkan keuntungan. Selain itu, sistem ini boleh juga digunakan bagi mendapatkan peluang-peluang aset kewangan baharu. |
opportunity recognition skill | kemahiran mengenal pasti peluang | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan atau kemahiran asas yang penting bagi individu atau organisasi, dalam proses pembuatan keputusan dengan mengenal pasti peluang untuk mengembangkan potensi kejayaan individu atau organisasi. Kemahiran mengenal pasti peluang adalah amat penting dalam bidang keusahawanan kerana akan menjurus kepada keputusan perniagaan yang boleh memajukan usaha niaga bagi meningkatkan keuntungan. Contohnya, sebuah syarikat yang mampu mengenal pasti potensi pasaran dengan meninjau persekitaran pasaran, mengenal pasti kekuatan dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum membuat sesuatu keputusan untuk mengeluarkan produk baharu. |
chance | peluang | Sejarah | Tiada | 1. Peluang: Kemungkinan, kesempatan atau kelapangan yang diperolehi oleh seseorang. |
wild card | peluang khas | Sukan | Tiada | Peluang untuk memasuki pertandingan sukan tanpa perlu mengambil bahagian dalam perlawanan kelayakan atau peringkat tertentu. |
market nicher | pengambilan peluang pasaran | Pentadbiran | Tiada | Syarikat yang mengambil peluang terhadap petak kecil pasaran dalam industri yang tidak diberi perhatian oleh syarikat lain. |
chanceless | tanpa peluang | Sukan | Tiada | Keadaan apabila pemukul membuat larian tanpa memberi peluang kepada pemadang untuk mengeluarkannya. |
second chance institution | institusi peluang kedua | Pendidikan | Tiada | Institusi yang memberi peluang kepada seseorang yang tidak mencapai tahap pelajaran tertentu untuk belajar semula. |
encounter group | kelompok pertemuan | Psikologi | Psikologi Umum | Kumpulan yang memberi peluang kepada individu yang saling tidak mengenali bertemu dan melahirkan masalah serta rasa kekecewaan mereka. Kelompok ini memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kesedaran dan perkembangan diri kerana boleh berkomunikasi dan melahirkan perasaan secara jujur. Penekanan dalam kelompok ini ialah peserta perlu mengelak daripada berbohong dan berselindung diri. Contohnya, mangsa trauma yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan berkumpul dan melahirkan perasaan yang dialami secara jujur dan terbuka. |