Lame�s constant | pemalar Lame | Fizik | Mekanik | Dua pemalar positif, l dan m, yang diperkenalkan oleh Lame bagi mencirikan sifat-sifat suatu pepejal isotrop. Pemalar-pemalar itu dikaitkan dengan modulus Young (?) dan nisbah Poisson (s), menerusi dua persamaan berikut: m dikenali sebagai ketegaran atau modulus ricih. Pemalar l dipanggil lambda Lame. lih. pemalar kenyal |
numerical equation | persamaan berangkaan | Matematik | Tiada | Persamaan yang mempunyai pemalar-pemalar yang telah ditetapkan, seperti 6x2 - 3x + 7 = 0. |
Clausius equation of state | persamaan keadaan Clausius | Fizik | Haba | Persamaan keadaan yang menghubungkan tekanan, isi padu dan suhu bagi gas dan pemalar gas, ditulis sebagai dengan P tekanan gas, T suhu mutlak, V isi padu, R pemalar gas, b pemalar, pemalar bersandar suhu, bilangan mol dan fungsi terhadap dan Persamaan ini adalah pembetulan kepada persamaan Van der Walls bagi membetulkan sebutan pembetulan tekanan yang berubah dengan suhu. |
constant | pemalar | Teknologi Maklumat | Perisian | Nilai yang tidak berubah apabila suatu pemalar terikat kepada satu nilai. Sifat pemalar ini merupakan kebalikan bagi pemboleh ubah. Oleh itu, pemalar tidak boleh diumpukkan. Dalam bahasa penghimpun atau spesifikasi set perintah, nilai pemalar dirujuk sebagai nilai terus kerana nilai ini boleh dicapai secara langsung tanpa membebankannya daripada cache data. Oleh sebab ketidakfleksibelan ini, maka pemalar jarang digunakan dalam pengaturcaraan berbanding pemboleh ubah. Terdapat dua jenis pemalar, iaitu pemalar statik dan pemalar dinamik. |
decay constant | pemalar reput/pemalar susut | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pemalar perkadaran yang mengaitkan kadar pereputan dengan bilangan nuklid baki. |
decay constant | pemalar reput/pemalar susut | Kimia | Tiada | 1. Pemalar perkadaran yang mengaitkan kadar pereputan dengan bilangan nuklid baki.,2. Pecahan atau radioaktif yang mereput per unit masa. |
decay constant | pemalar reput/pemalar susut | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pemalar perkadaran yang mengaitkan kadar pereputan dengan bilangan nuklid baki. |
Reiner-Philipoff model | model Reiner-Philipoff | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model tegasan ricih bagi bendalir bukan Newtonan yang dijelaskan sebagai dengan dux/dy = kadar tegasan m* = pemalar, m0 = pemalar, t0 = pemalar, tyx = tegasan ricih. Model ini mengandungi tiga parameter yang boleh diubahsuai untuk pengkorelasian data eksperimen. Model ini serupa dengan hukum kelikatan Newtonan pada kadar ricih yang rendah dan tinggi. |
Boltzmann constant | pemalar Boltzmann | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pemalar gas semesta per molekul yang dijelaskan sebagai dengan kB = pemalar Boltzmann, R = pemalar gas semesta, NA = nombor Avogadro. |
dynamic constant | pemalar dinamik | Teknologi Maklumat | Perisian | Pemalar yang memperoleh nilai yang dikira sewaktu sesuatu atur cara dilaksanakan. HaI ini bererti nilai bagi pemalar dinamik tidak boleh ditentukan semasa pengkompilan atur cara seperti pada pemalar statik. Contoh pemalar dinamik dalam bahasa C++ atau Java adalah seperti yang berikut: final int a = b + 30. |