observation tank | tangki cerap(an) | Kejuruteraan | Tiada | Tangki yang digunakan untuk memerhati takat kotoran minyak yang datang dari tangki pemanas, pemanas minyak bahan api atau laluan pemanas stim yang tercemar. |
observation drain tank | tangki cerap sisa | Kejuruteraan | Tiada | Tangki yang digunakan untuk memerhati takat kotoran minyak yang datang dari tangki pemanas, pemanas minyak bahan api atau laluan pemanas stim yang tercemar. |
water heater | pemanas air | Teknik | Elektrik | Alat elektrik untuk memanaskan air, sama ada jenis mudah alih atau tetap. Bagi jenis tetap, air sejuk akan dimasukkan ke dalam tangki dari bahagian bawah dan air panas keluar dari bahagian atas. Air itu akan dipanaskan secara perendaman pemanas. Terdapat tiga sistem pemanas air, iaitu pemanas ketika, storan setempat, dan storan sepusat. |
hay section | bahagian serabut | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian pemanas atau perawat pemanas yang mengandungi bahan berserat. |
heater | pemanas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyinar kecil atau teras pemanas kecil, yang dipasang di bawah papan pemuka, yang mengedarkan bahan pemanas untuk memanaskan ruang di dalam kenderaan. |
advance wire | dawai lajakan | Teknik | Elektrik | Dawai yang dibuat daripada logam aloi, campuran kuprum dan nikel. Dawai ini dijadikan unsur pemanas dalam unit pemanas elektrik. |
flow heater | pemanas aliran | Sosiologi | Tiada | Pemanas air yang hanya panas ketika diperlukan sahaja. |
storage heater | pemanas storan | Sosiologi | Tiada | Pemanas air yang tangkinya dapat mengekalkan suhu kepanasan air dengan lebih lama. |
wave heater | pemanas gelombang | Sosiologi | Tiada | Pemanas yang kepanasannya dihasilkan oleh penyerapan tenaga daripada gelombang kembara elektromagnet. |
radiant heater | pemanas sinaran | Sosiologi | Tiada | Pemanas yang menggunakan sinaran. |