filament | filamen | Teknik | Elektrik | 1. Unsur pemanas dalam lampu pijar. Di sini tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga haba dan seterusnya kepada tenaga cahaya. 2. Unsur pemanas dalam tiub vakum, yang disadur dengan bahan-bahan pemancar elektron sebagai katod. |
calandria | kalandria | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian tertentu dalam kilang yang menjalankan pengwapan melalui tiub-tiub yang membawa bendalir pemanas.,2. Kebuk tertutup yang digunakan dalam inti reaktor jenis tertentu. |
25 percent baffle | sesekat 25 peratus | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bahagian sesekat yang dipotong berketinggian 1/4 daripada garis pusat dalam kelompang untuk laluan bendalir pemanas. |
load | muatan; beban | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang daya atau ganding yang bertindak pada struktur.,2. Kuantiti gas yang dibekalkan atau diperlukan di mana-mana titik yang tertentuk dalam sistem bekalan gas.,3. Kerja yang dilakukan oleh enjin atau motor.,4. Kuasa yang digunakan oleh mesin atau litar dalam melaksanakan fungsinya.,5. Perintang atau galangan-galangan lain yang dapat mengganti beberapa unsur litar.,6. Kuasa yang dibekalkan oleh mesin.,7. Peranti yang menyerap kuasa dan menukarnya kepada bentuk yang dikehendaki.,8. Galangan yang dibekalkan dengan tenaga.,9. Bahan yang dipanaskan oleh pemanas dielektrik atau aruhan.,10. Mengisi storan dalam komputer dengan maklumat yang diperoleh daripada storan bantu atau storan luar. |
triangular pitch heat exchanger | penukar haba pic segi tiga | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba yang tiubnya disusun dalam bentuk segi tiga sama yang berukuran 1.25 darab garis pusat luar tiub. Penukar haba ini paling murah tetapi tiada ruang untuk pembersihan dan hanya sesuai bagi bendalir pemanas yang bersih sahaja. |
carbon monoxide poisoning | keracunan karbon monoksida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan gas karbon monoksida (formula kimia, CO), iaitu gas tak berwarna, tak berbau dan oleh itu berbahaya kerana tidak mempunyai sifat amaran. Gas ini terbentuk daripada pembakaran tak lengkap bahan organik, dan kebanyakannya terbebas daripada ekzos kenderaan, asap rokok dan pemanas gas. Apabila tersedut, gas ini bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk karboksihemoglobin (CO-Hg) yang 210 kali lebih stabil berbanding dengan oksihemoglobin (O2-Hb), lalu mengganggu pengangkutan oksigen dalam darah. Penyedutan pada kepekatan 30 ppm selama 8 jam adalah cukup untuk menyebabkan sakit kepala dan rasa loya bagi kebanyakan orang, dan pada kepekatan 0.1 % (1000 ppm) selama 4 jam mungkin menyebabkan mati. Dalam industri, had pendedahan ialah 35 ppm. Tanda keracunan ialah kulit berwarna merah jambu. Dalam ruang tertutup yang kecil, pendedahan kepada gas ini mengakibatkan kematian dalam beberapa minit sahaja. |