Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.cing] | ڤمنچيڠ

Definisi : orang yg memancing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fighting dragtarik hulurPerikananTiadaKaedah memancing yang menghasilkan daya tarikan antara pemancing dengan ikan yang dikail. Daya ini menghasilkan pertarungan yang menyeronokkan kepada pemancing. Melalui kaedah ini, pemancing akan membiarkan tali pancing ditarik keluar apabila berdepan dengan ikan bersaiz besar yang biasanya mempunyai daya tarikan melebihi kuasa tarikan pemancing. Pergerakan ini berlaku beberapa kali sehingga ikan menjadi lemah dan setelah itu, pemancing mengarau tali pancing sehingga ikan dinaikkan ke atas dek bot.
butt padladam joranPerikananTiadaKepingan yang diperbuat daripada kulit atau getah yang diikat pada pinggang pemancing. Ladam joran merupakan tempat meletakkan hulu joran semasa pemancing bertarung dengan ikan yang bersaiz besar. Semasa bertarung, ladam joran menjadi tempat untuk menahan tekanan hulu joran dan meringankan tekanan kepada pinggang pemancing. Alat ini digunakan oleh pemancing yang memancing untuk tempoh yang lama.
anglerpemancingPerikananTiadaIndividu yang mempunyai hobi memancing, sama ada memancing di kawasan air tawar atau di laut untuk mengisi masa lapang. Peralatan khusus yang digunakan oleh pemancing termasuklah joran, tali pancing, kail dan umpan.
legeringpancing tungguPerikananTiadaKaedah memancing dengan membiarkan umpan berada di dasar sungai atau tasik. Pemberat akan digunakan untuk menetapkan kedudukan umpan. Melalui kaedah ini, pemancing memegang joran dan jari telunjuk menyentuh tali utama untuk memudahkan pemancing mengesan gigitan ikan.
fishing flyserangga pemancingBiologiEntomologiNama bagi kedua-dua kumpulan maifli (Ephemeroptera) dan lalat alder (Megaloptera).
fly patterngaya lemparPerikananTiadaCara membuat lemparan tali pancing yang dilakukan dalam kaedah pancing layang. Umpan boleh dilempar mengikut gaya tertentu bergantung pada jarak dan lokasi umpan yang jatuh ke dalam air. Sekiranya umpan hendak dilempar jauh daripada pemancing, lemparan perlu dilakukan secara mendatar. Umpan juga boleh dijatuhkan berhampiran pemancing yang dilakukan dengan cara melempar tinggi tali pancing dan kemudiannya menyentap sedikit tali ke arah pemancing. Antara gaya lempar yang biasa dilakukan ialah lempar perbetul, lempar libas dan lempar paracut. Lihat juga pancing layang, lempar perbetul, lempar libas, lempar paracut.
casting distancejarak lemparPerikananTiadaKedudukan antara tempat pemancing dengan lokasi sasaran pancing. Kedudukan ini diambil kira sebagai salah satu strategi memancing terutamanya bagi sesetengah spesies ikan rekreasi air tawar.
sport fishing/gamefishingsukan memancingPerikananTiadaAktiviti memancing yang dilakukan untuk tujuan rekreasi atau pertandingan. Aktiviti ini memberikan nilai kesukanan semata-mata dan bukan untuk tujuan komersial. Bagi penggemar sukan memancing, aktiviti ini memberikan cabaran kepada pemancing untuk mendapatkan ikan dan kepuasan tercapai apabila pemancing dapat bertarung dengan ikan yang memakan umpan. Sinonim perikanan rekreasi.
ciguatera poisoningkeracunan ciguateraPerikananTiadaKeracunan yang dialami oleh pemancing kerana memakan ikan yang mengandungi racun ciguatera. Racun ini terhasil daripada mikroorganisma beracun yang dimakan oleh ikan. Kesan keracunan ciguatera ialah muntah, loya, cirit birit, demam, kebas dan halusinasi.
angling directorypanduan memancingPerikananTiadaBuku panduan yang digunakan oleh pemancing bagi mengetahui lokasi, musim, spesies, teknik memancing dan kaedah penggunaan umpan yang bersesuaian.
1234567

Kembali ke atas