afapted marketing mix | pemasaran ubah suai | Pentadbiran | Tiada | Strategi pemasaran antarabangsa yang menyesuaikan unsur campuran pemasaran pada setiap sasaran pemasaran antarabangsa. |
concentration strategy | strategi tumpu | Pentadbiran | Tiada | Strategi pemasaran yang menumpukan usaha pemasaran kepada satu petak pasaran dan menyediakan adunan pemasaran khas untuk petak tersebut. |
marketing research | penyelidikan pemasaran | Komunikasi | Korporat | Proses dan aktiviti yang sistematik untuk mengenal pasti, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data kepada pembuat keputusan pemasaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan maklumat bagi merancang strategi pemasaran, peramalan, dan perancangan masalah pemasaran. Selain itu, proses ini digunakan untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan rangkaian hubungan antara pelanggan. Peringkat pelaksanaan aktiviti penyelidikan biasanya mengandungi empat peringkat. Pertama, mengenal pasti masalah atau isu. Kedua, menyediakan kaedah dan peralatan penyelidikan secara saintifik. Ketiga, melakukan penyelidikan. Keempat, menganalisis data serta membuat dan membentangkan laporan. Kaedah yang kerap digunakan adalah kajian lapangan perbincangan kumpulan fokus, serta kajian melalui pos dan elektronik. Aktiviti penyelidikan biasanya dilakukan oleh organisasi yang berkenaan melalui syarikat perunding penyelidikan. |
intergrated marketing communications (IMC) | komunikasi pemasaran bersepadu | Komunikasi | Korporat | Proses seranta bagi tujuan mempromosi organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Proses tersebut dilaksanakan secara strategik melibatkan pengintegrasian beberapa bahagian dalam organisasi atau antara organisasi. Contoh pengintegrasian dalam organisasi ialah pengintegrasian antara jabatan perhubungan awam, pemasaran, dan jualan. Pengintegrasian antara organisasi pula ialah kerjasama atau perkongsian kepakaran atau sumber dalam penganjuran sesuatu acara pemasaran seperti pameran dagang dan kempen jualan besar-besaran. Antara unsur yang berintegrasi tersebut melibatkan kepakaran hubungan media, pameran pengurusan acara, dan pemasaran. Sinonim kempen promosi pemasaran, komunikasi pemasaran gabungan, gabungan pemasaran. |
market by market location | pasaran melalui lokasi pasaran | Komunikasi | Korporat | Kelompok sasaran pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran. Penentuan sasaran pasaran perlu dilakukan sebelum proses pemasaran dibuat. Faktor yang membantu pemilihan lokasi pasaran yang tepat ialah maklumat yang disampaikan oleh penganalisis pasaran. Penganalisis pasaran akan menjelaskan sasaran pasaran berdasarkan aspek geografi, seperti kedudukan lokasi fizikal dan sempadan perkhidmatan sosial serta maklumat lain yang menjelaskan persekitaran pelanggan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contohnya, maklumat demografi kawasan seperti pendapatan, pekerjaan, pola aktiviti sosial, dan unsur lain yang berkaitan aspek ekonomi dan budaya pelanggan di kawasan sasaran. Selain itu, maklumat juga perlu menjelaskan impak lokasi pasaran seperti kadar sewa, pola persaingan, pencapaian, dan persepsi pasaran. Tujuannya adalah untuk memastikan pemasaran barangan atau perkhidmatan mencapai kejayaan optimum. |
societal marketing | pemasaran kemasyarakatan | Pentadbiran | Tiada | Prinsip pemasaran yang mengatakan bahawa syarikat harus membuat keputusan pemasaran dengan mengambil kira kebajikan masyarakat dalam jangka masa panjang. |
innovative marketing | pemasaran inovatif | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan pemasaran yang sentiasa mencari kaedah baharu untuk membaiki keluaran dan pemasaran. |
value marketing | pemasaran nilai | Pentadbiran | Tiada | Prinsip pemasaran yang mengatakan bahawa syarikat harus melaburkan sumbernya dalam pelaburan pemasaran yang membentuk nilai. |
consumer-oriented marketing | pemasaran orientasi pengguna | Pentadbiran | Tiada | Prinsip pemasaran yang menyatakan bahawa syatikat harus mengurus aktiviti pemasaran dari sudut pandangan pengguna. |
marketing documentation | dokumentasi pemasaran | Teknologi Maklumat | Perisian | Dokumentasi yang mengandungi maklumat atau bahan promosi untuk tujuan pemasaran. Maklumat seperti kelebihan dan kemudahan perisian berbanding perisian yang lain diterangkan dalam dokumentasi pemasaran. Salah satu pendekatan yang digunakan dalam dokumentasi ini adalah dengan menyediakan ungkapan-ungkapan yang senang dan mudah diingat dan dapat menarik lebih ramai pelanggan. Ciri-ciri keserasian dalam sebarang persekitaran dan perisian merupakan perkara utama yang perlu ditekankan dalam dokumentasi ini selain maklumat pemasaran produk dan analisis bagi permintaan pasaran. |