sustainable development | pembangunan mampan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan. |
sustainable development | pembangunan mampan | Biologi | Umum | Tiada |
green belt | kawasan hijau | Pelancongan | Tiada | Kawasan yang dipenuhi rimbunan pokok yang dikekalkan untuk pembangunan mampan. |
sustainable development | pembangunan mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembangunan yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pada masa kini, tanpa menjejaskan alam sekitar dan kepupusan sumber serta dapat menjamin kelestarian pada masa hadapan. |
green economy framework | rangka kerja ekonomi hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perancangan ekonomi yang strategik untuk pembangunan mampan tanpa menjejaskan alam sekitar. |
fairtrade | perdagangan saksama | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja. |
green economy | ekonomi hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Aktiviti pengeluaran, logistik dan perdagangan termasuk penggunaan barang dan perkhidmatan yang lestari oleh pelbagai pihak. Ekonomi hijau bertujuan untuk mengurangkan risiko terhadap alam sekitar, kepupusan dan kemerosotan ekologi serta menjamin pembangunan mampan. |
life-cycle initiative | inisiatif kitar hayat | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perkongsian antara sektor awam dengan swasta serta pelbagai pihak berkepentingan yang membantu penggubal dasar untuk membuat keputusan yang cepat dan cekap. Inisiatif ini boleh menyelesaikan masalah perdagangan yang melibatkan isu-isu alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pembangunan mampan. |
Food and Agriculture Organization (FAO) | Pertubuhan Makanan dan Pertanian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Rom, Itali. Pertubuhan ini mempunyai 180 negara dan Kesatuan Eropah. Terdapat satu majlis yang terdiri daripada 49 anggota. Objektif pertubuhan ini adalah untuk mempromosikan pembangunan luar bandar yang mampan dengan penekanan kepada golongan petani miskin, pengeluaran makanan dan meningkatkan tahap pemakanan berkhasiat. Pertubuhan ini berusaha mencapai objektifnya dengan melakukan penyelidikan, menerbitkan laporan, mengadakan persidangan serta menawarkan bantuan teknikal, benih yang diperbaik, membuat serum dan vaksin, dan bantuan untuk meningkatkan hasil hutan. Programnya dijalankan oleh pelbagai jawatankuasa dalam bidang pertanian, perikanan dan makanan. Jabatan Pembangunan Mampan dalam pertubuhan ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada kerajaan sesebuah negara dalam mengintegrasi polisi, perancangan dan pengurusan sumber dan telah melaksanakan Agenda 21 Earth Summit pada tahun 1992 dan konvensyen alam sekitar yang berkaitan dengan isu ke |
sustainable management | pengurusan mampan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah atau mekanisma yang digunakan dalam menguruskan penggunaan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar dan sumber fizikal. Pengurusan mampan melibatkan usaha menyeluruh bagi menyokong keupayaan ekosistem negara dalam konteks untuk menghindari atau mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Antara lain fungsi pengurusan mampan ialah menjaga kesinambungan sumber dan keperluan generasi akan datang. |