gas diffusion | pembauran gas | Fizik | Mekanik | Hanyutan molekul-molekul gas yang disebabkan oleh pembauran biasa ataupun pembauran terma. |
diffusion coefficent | pekali pembauran | Kimia | Kimia Analisis | 1. Pernyataan keupayaan pembauran suatu zat terlarut di dalam fasa bergerak (dalam teknik kromatografi). Keupayaan atau kadar pembauran yang tinggi dalam fasa bergerak akan menyebabkan jalur zat terlarut terserak secara paksian di sepanjang turus dan ini mengakibatkan pelebaran puncak. 2. Berat sesuatu bahan dalam gram yang tersebar dalam kawasan seluas 1 cm persegi dalam satu saat dalam unit kecerunan kepekatan. |
enrichment | pengayaan | Fizik | Atom dan Nuklear | Proses yang mengubah nisbah isotop sesuatu bahan api nukleus. Contohnya, pertambahan nisbah U-235 terhadap U-238 di dalam suatu sumber uranium. Pengayaan melibatkan pembauran terma, pembauran sempadan gas dan pemisahan secara emparan dan elektromagnet. |
diffusion | pembauran | Kimia | Tiada | Percampuran sesuatu bahan dengan bahan lain melalui pergerakan molekul, sama ada kedua-dua bahan tersebut bersentuhan atau dipisahkan oleh membran separuh telap. Pembauran berkadaran langsung dengan kepekatan bahan dan suhu. Pembauran mudah berlaku bagi gas, sukar sedikit bagi cecair dan sangat sukar bagi pepejal. Sin. peresapan. |
diffusion current | arus pembauran | Kimia | Kimia Analisis | Arus mengehad yang terhasil akibat daripada penghijrahan ion dalam larutan, apabila diberikan suatu beza keupayaan di antara elektrod-elektrodnya. Nilai arus ini ditentukan oleh kadar pembauran ion ke dalam lapisan sekeliling elektrod. Kadar pembauran berkadar terus dengan kepekatan ion itu. bd. polarografi. |
ordinary diffusion | pembauran biasa | Fizik | Mekanik | Proses pembauran yang disebabkan oleh wujudnya kecerunan kepekatan di dalam larutan molekul. |
forced diffusion | pembauran paksa | Fizik | Mekanik | Dalam proses pembauran, sebagai tambahan kepada kecerunan kepekatan, wujud suatu daya purata yang mantap bertindak ke atas molekul-molekul. Daya tersebut boleh jadi daya graviti seperti dalam proses pemendapan ataupun daya elektrik ke atas ion. |
diffusion constant | pemalar peresapan; pemalar pembauran | Fizik | Tiada | Ketumpatan arus pembauran di dalam semikonduktor homogen dibahagi dengan kecerunan kepekatan pembawa cas. |
molecular diffusion | pembauran molekul | Fizik | Mekanik | Proses percampuran cecair atau jasad disebabkan oleh gerakan kinetik molekul-molekul. lih. pembauran |
convection | perolakan | Fizik | Mekanik | Proses pembauran yang berlaku kerana keseluruhan bendalir bergerak pada arah pembauran itu. |