die swell | pembengkakan dai | Kejuruteraan | Polimer | Profil penyemperitan polimer yang mempunyai garis pusat profil yang lebih besar daripada garis pusat dai. Pembengkakan profil polimer ini adalah disebabkan oleh tindakan ricih yang tinggi di dalam dai. Sin. kesan Barus. |
movement | pergerakan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses kecutan dan pembengkakan kayu berlaku secara berulang-ulang mengikut perubahan kandungan lembapan akibat perubahan keadaan atmosfera. Perubahan dimensi berlaku dan menyebabkan ketaksempurnaan penggunaan akhir kayu. Jumlah pergerakan biasanya mengikut kadar kecutan dan pembengkakan. |
swelling | pembengkakan | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan isi padu bahan mudah belah tanpa perubahan bentuknya akibat penyinaran. |
swelling | pembengkakan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pertambahan dalam dimensi kayu disebabkan penjerapan air atau lembapan ke dalam dinding sel, dan nilainya dinyatakan dalam peratus. Perubahan dimensi yang tidak sekata boleh menyebabkan cacat kayu, seperti piuh atau bengkok. |
enterocele | enterosele | Perubatan | Tiada | Pembengkakan pada sebahagian daripada usus. |
comedon | komedon | Perubatan | Tiada | Pembengkakan kelenjar sebum tanpa melibatkan keradangan. |
pancreatitis | pankreatitis | AIDS | Tiada | Pembengkakan organ pankreas yang boleh berlaku kerana ubat ddl. |
aneurysm | aneurisme | Herba | Fitoterapi | Pembengkakan setempat salur darah yang disebabkan oleh suatu penyakit atau kelemahan pada dinding salur darah. Keadaan ini biasanya berlaku pada arteri di pangkal otak dan aorta. |
quinsy | kuinsi | Herba | Pemiawaian | Pembengkakan pada dinding tekak yang boleh berlaku apabila jangkitan bakteria merebak dari tonsil ke bahagian sekitarnya. Contoh ekstrak herba yang boleh merawat kuinsi ialah ekstrak daun hempedu bumi (Andrographis paniculata). |
iridoncus | iridonkus | Perubatan | Tiada | Tumor atau pembengkakan pada iris. |