Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian;

Peribahasa

Bagai gembala diberi keris.

Bermaksud :

Pemberian yang tidak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
premedicationprapengubatanPerubatanTiadaPemberian sesuatu dadah sebelum pengubatan sebenar, misalnya pemberian suntikan narkotik sebelum pemberian anestesia sedutan.
tamlikpemberian milikPerniagaan IslamTiadaPerihal menjadikan suatu pihak sebagai pemilik sesuatu harta. Tamlik terbahagi kepada empat. Pertama, pemberian milik barangan dengan pertukaran seperti akad jual beli. Kedua, pemberian pemilikan tanpa pertukaran seperti akad hibah. Ketiga, pemberian milik faedah dengan pertukaran seperti akad ijarah. Keempat, pemberian milik faedah tanpa pertukaran seperti ‘ariyah.
restricted feedingpemberian makanan terbatasVeterinarTiadaKaedah pemberian makanan kepada ternakan supaya ternakan tidak membesar terlalu cepat atau menjadi terlalu gemuk. Ternakan betina yang terlalu gemuk akan merencatkan penghasilan telur atau tidak boleh membiak. Terdapat beberapa kaedah pemberian makanan terbatas iaitu secara selang sehari atau pemberian dengan banyak untuk tiga hari berturut-turut dan untuk dua hari berikutnya pula makanan tidak diberi langsung kepada ternakan. Tujuan kaedah ini dilakukan untuk memastikan ternakan seperti ayam mendapat jumlah makanan dan mengalami pertumbuhan yang seimbang. Demikian juga pada babi, kaedah ini diamalkan untuk mengelakkan ternakan menjadi terlalu gemuk dan merencatkan pembiakan.
drug administrationpemberian ubatFarmasiFarmaseutikProses pemberian suatu dos ubat kepada pesakit. Laluan pemberian ubat termasuklah oral, topikal, penyedutan, transdermal, rektal dan lain-lain.
route of administrationlaluan pemberianFarmasiFarmakologiKaedah pemberian sesuatu drug seperti melalui intravena, intraotot, intranasal, oral, rektal, subkutaneus, sublingua, topikal, intradermal, intratekal dan vagina bagi memberikan kesan farmakologi kepada tubuh manusia mahupun haiwan. Kaedah pemberian ini bergantung pada beberapa faktor seperti sifat fizikokimia sesuatu drug, umur pesakit dan kes kecemasan. Sinonim cara pemberian.
oral administrationpemberian oralFarmasiFarmakologiPemberian sesuatu drug atau ubat melalui mulut sama ada dengan cara makan, minum atau telan. Pemberian drug secara oral merupakan kaedah yang paling biasa digunakan kerana ia lebih mudah dan murah.
intermittent feedingpemberian makanan berselangVeterinarTiadaKaedah pemberian makanan kepada ternakan secara sedikit demi sedikit dan dilakukan beberapa kali dalam sehari. Kaedah ini dilakukan untuk mengelakkan pembaziran seperti melalui tumpahan. Pemberian makanan melalui kaedah ini juga dapat meningkatkan kecekapan pencernaan dan nilai pemakanan sesuatu diet.
hibahpemberian/hibahPerniagaan IslamTiadaPenyerahan barangan kepada pihak lain tanpa mengharapkan pulangan, keuntungan atau tukaran. Pemberian hibah adalah sah setelah dimiliki oleh penerima. Contohnya, pemberian kewangan oleh pihak bank kepada pendeposit akaun al-wadiah.
confinement feedingpemberian makanan berkurungVeterinarTiadaPemberian makanan kepada haiwan yang dikurung atau diternak secara intensif (fidlot). Biasanya, makanan diformulasi khusus dan mengandungi campuran bahan konsentrat atau bahan foraj yang diberi dalam bentuk segar (potong angkut) atau dalam bentuk rumput kering atau silaj. Tujuan pemberian makanan dengan cara ini ialah untuk meningkatkan kadar pertumbuhan di samping mengurangkan kos makanan, menjimatkan penggunaan kawasan penternakan dan mengurangkan kos buruh.
phase feedingpemberian makanan berfasaVeterinarTiadaPemberian makanan berdasarkan tahap pertumbuhan, fisiologi dan juga pengeluaran ternakan. Biasanya haiwan memerlukan jumlah dan tahap nutrien mengikut fasa-fasa tertentu untuk mengelakkan pembaziran atau kerugian. Contohnya, ayam penelur pada puncak peneluran iaitu pada umur 28 hingga 33 minggu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain. Demikian juga dengan lembu tenusu, semasa berada di puncak pengeluaran, iaitu pada bulan kedua pengeluaran susu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain.
12345678910...

Kembali ke atas