counsellor | kaunselor | Pendidikan | Tiada | Seseorang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, terutama tentang pengajaran dan pembelajaran. |
non-directive tutorial | tutorial tak berarahan | Pendidikan | Tiada | Tutorial yang menggalakkan pelajar memberi pandangan dan soalan secara spontan dan hanya diketuai atau dibantu oleh pembimbing. |
accountable management | pengurusan bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbir peringkat atasan yang mempunyai kewajipan tertentu dalam memimpin dan memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan bertanggungjawab mempunyai fungsi terkhusus dalam membuat perancangan dan keputusan, mengeluarkan arahan, mengatur, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan. Pentadbir peringkat atasan juga bertindak sebagai jurulatih, pembimbing, penasihat, pemujuk, dan pihak yang sentiasa memberikan galakan atau motivasi kepada pekerja. Dalam konteks ini, pengurusan bertanggungjawab perlu telus, amanah, berdedikasi dan mempunyai pandangan yang jauh dalam membawa organisasi ke mercu kejayaan. |
counselor | kaunselor | Pendidikan | Tiada | Profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pen-didikan, pengurusan dan Iain-lain. Kaunselor bertindak sebagai pembimbing dengan memberi maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan
|