Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemboleh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolving potentiometermeter upaya penyelesaianKejuruteraanTiadaMeter upaya yang digunakan untuk beroperasi sebagai unit pengkomputeran analog, dengan pemboleh-pemboleh ubah keluaran adalah koordinat Cartesan bagi suatu titik dan pemboleh-pemboleh ubah masukan adalah koordinat kutub.
partial differentialpembeza separaKejuruteraanTiadaPerubahan infinitesimal pada rangkap dua atau lebih pemboleh ubah yang dihasilkan dengan mengubah satu sahaja daripada pemboleh ubah itu sambil pemboleh-pemboleh ubah yang lain dibiarkan malar.
functionfungsiMatematikTiada1. Hubungan antara pemboleh ubah dengan salah satu pemboleh ubah yang diungkapkan dalam sebutan pemboleh ubah yang lain. Pemboleh ubah yang pertama itu dinamai pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah yang lain dinamai pemboleh ubah tak bersandar. Katakanlah y suatu fungsi x yang ditulis y = f(x), maka y ialah pemboleh ubah bersandar dan x ialah pemboleh ubah tak bersandar. Misalnya, katalah y = x2 - 2x, y ialah suatu fungsi dalam sebutan x. 2. Hubungan yang mengaitkan setiap unsur dalam sesuatu set dengan hanya satu unsur dalam set yang sama atau berlainan. Katalah suatu fungsi f dari set A ke set B yang ditulis f: A → B, setiap unsur a ɛ A dikaitkan dengan hanya satu unsur b ɛ B; ditulis b = f(a) dan b disebut nilai f pada a atau imej bagi a di bawah f; juga disebut ”a dipetakan kepada b” atau “f memetakan a kepada b”. A ialah domain dan B ialah kodomain. Fungsi f dikatakan tertakrif pada set A dan mempunyai nilai dalam set B. Sinonim pemetaan.
plotterpemplotKejuruteraanTiada1. Pemplot: Papan atau paparan visual tempat graf yang menggambarkan hubungan pemboleh ubah tak bersandar dengan pemboleh-pemboleh ubah lain diplot secara automatik oleh pena yang terkawal.
solution mixcampuran penyelesaianPentadbiranTiadaLajur dalam tableau simpleks yang mengandungi semua pemboleh-pemboleh ubah bagi penyelesaian tersaur asas.
dependent variablepemboleh ubah bersandarMatematikTiadaPemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Diberi suatu fungsi f, dengan pemboleh ubah x mewakili nilai dalam domain dan pemboleh ubah y mewakili nilai f(x), ditulis y = f(x). Nilai y bergantung pada nilai x ; y dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar dan x dikenali sebagai pemboleh ubah tak bersandar. Dengan ini, y dikatakan satu fungsi bagi pemboleh ubah tak bersandar, x. Misalnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah tak bersandar ialah x, manakala pemboleh ubah bersandar ialah y, dan y ialah fungsi bagi pemboleh ubah x.
dynamic variablepemboleh ubah dinamikTeknologi MaklumatPerisianDalam pengaturcaraan, pemboleh ubah dinamik merupakan sejenis pemboleh ubah yang alamat pemboleh ubah pada ingatan utamanya ditentukan ketika atur cara tersebut dilaksanakan. Keadaan ini berbeza bagi pemboleh ubah statik yang disediakan ingatan untuknya semasa pengkompilan.
dependent variablepemboleh ubah bersandarPsikologiPsikologi UmumTindak balas subjek terhadap sesuatu rangsangan yang dimanipulasikan dalam sesuatu kajian. Pemboleh ubah ini adalah pemboleh ubah yang diukur atau yang akan berubah mengikut keadaan eksperimen atau akibat daripada manipulasi satu pemboleh ubah lain yang dikenali sebagai pemboleh ubah bebas (eksperimental). Contohnya, dalam eksperimen yang mengukur kesan masa tidur terhadap daya tumpuan, pemboleh ubah bersandarnya ialah daya tumpuan.
independent variablepemboleh ubah bebasPsikologiPsikologi UmumPemboleh ubah yang dimanipulasi atau dipelbagaikan supaya kesannya dapat diperoleh melalui perubahan skor pemboleh ubah terikat yang diukur. Pemboleh ubah bebas dianggap sebagai punca berlakunya perubahan ke atas pemboleh ubah terikat yang ditumpukan dalam sesuatu kajian terutamanya kajian eksperimental. Contohnya, dalam kajian tentang kemalangan jalan raya, faktor-faktor seperti keadaan kenderaan, keadaan pemandu, kelajuan pemanduan, jenis dan keadaan jalan adalah antara pemboleh ubah bebas yang dipercayai boleh meningkatkan kadar kemalangan.
dual variablespemboleh ubah dual/pemboleh ubah duaanPentadbiranTiadaPemboleh ubah dalam masalah dual yang berkaitan dengan kekangan bagi masalah primal.
12345678910...

Kembali ke atas