function | fungsi | Matematik | Tiada | 1. Hubungan antara pemboleh ubah dengan salah satu pemboleh ubah yang diungkapkan dalam sebutan pemboleh ubah yang lain. Pemboleh ubah yang pertama itu dinamai pemboleh ubah bersandar, manakala pemboleh ubah yang lain dinamai pemboleh ubah tak bersandar. Katakanlah y suatu fungsi x yang ditulis y = f(x), maka y ialah pemboleh ubah bersandar dan x ialah pemboleh ubah tak bersandar. Misalnya, katalah y = x2 - 2x, y ialah suatu fungsi dalam sebutan x. 2. Hubungan yang mengaitkan setiap unsur dalam sesuatu set dengan hanya satu unsur dalam set yang sama atau berlainan. Katalah suatu fungsi f dari set A ke set B yang ditulis f: A → B, setiap unsur a ɛ A dikaitkan dengan hanya satu unsur b ɛ B; ditulis b = f(a) dan b disebut nilai f pada a atau imej bagi a di bawah f; juga disebut ”a dipetakan kepada b” atau “f memetakan a kepada b”. A ialah domain dan B ialah kodomain. Fungsi f dikatakan tertakrif pada set A dan mempunyai nilai dalam set B. Sinonim pemetaan. |
dependent variable | pemboleh ubah bersandar | Matematik | Tiada | Pemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Diberi suatu fungsi f, dengan pemboleh ubah x mewakili nilai dalam domain dan pemboleh ubah y mewakili nilai f(x), ditulis y = f(x). Nilai y bergantung pada nilai x ; y dikenali sebagai pemboleh ubah bersandar dan x dikenali sebagai pemboleh ubah tak bersandar. Dengan ini, y dikatakan satu fungsi bagi pemboleh ubah tak bersandar, x. Misalnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah tak bersandar ialah x, manakala pemboleh ubah bersandar ialah y, dan y ialah fungsi bagi pemboleh ubah x. |
dynamic variable | pemboleh ubah dinamik | Teknologi Maklumat | Perisian | Dalam pengaturcaraan, pemboleh ubah dinamik merupakan sejenis pemboleh ubah yang alamat pemboleh ubah pada ingatan utamanya ditentukan ketika atur cara tersebut dilaksanakan. Keadaan ini berbeza bagi pemboleh ubah statik yang disediakan ingatan untuknya semasa pengkompilan. |
independent variable | pemboleh ubah bebas | Psikologi | Psikologi Umum | Pemboleh ubah yang dimanipulasi atau dipelbagaikan supaya kesannya dapat diperoleh melalui perubahan skor pemboleh ubah terikat yang diukur. Pemboleh ubah bebas dianggap sebagai punca berlakunya perubahan ke atas pemboleh ubah terikat yang ditumpukan dalam sesuatu kajian terutamanya kajian eksperimental. Contohnya, dalam kajian tentang kemalangan jalan raya, faktor-faktor seperti keadaan kenderaan, keadaan pemandu, kelajuan pemanduan, jenis dan keadaan jalan adalah antara pemboleh ubah bebas yang dipercayai boleh meningkatkan kadar kemalangan. |
normalized random variable | pemboleh ubah rawak ternormal | Matematik | Tiada | Transformasi yang menukarkan pemboleh ubah rawak X kepada pemboleh ubah rawak tertabur normal atau yang hampir sedemikian adalah transformasi penormal dan pemboleh ubah rawak baru digelar pemboleh ubah rawak ternormal. |
variable | pemboleh ubah | Teknologi Maklumat | Perisian | Simbol atau nama yang mewakili satu nilai. Setiap pemboleh ubah mempunyai nama dan jenis data. Nilai pemboleh ubah boleh terdiri daripada angka, aksara, rentetan aksara atau alamat ingatan. Pemboleh ubah penting dalam pengaturcaraan kerana penggunaannya memberikan kefleksibelan dalam menulis sesuatu atur cara. Pemboleh ubah lebih wajar digunakan berbanding nilai tetap yang dimasukkan ke dalam atur cara. Apabila atur cara dilaksanakan, pemboleh ubah ini akan digantikan dengan data yang sebenar. Hal ini memungkinkan atur cara yang sama memproses set data yang berbeza. Contohnya, ungkapan x+y mempunyai dua pemboleh ubah x dan y yang mempunyai nilai tertentu. |
multivariate analysis | analisis multivariat | Geologi | Tiada | Kajian tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah rawak yang berbilang dimensi. |
causal method | kaedah bersebab | Pentadbiran | Tiada | Kaedah peramalan yang cuba mencari pertalian di antara pemboleh ubah yang diramal dengan satu atau lebih pemboleh ubah-pemboleh ubah lain. |
dependent variable | pemboleh ubah bersandar | Psikologi | Psikologi Umum | Tindak balas subjek terhadap sesuatu rangsangan yang dimanipulasikan dalam sesuatu kajian. Pemboleh ubah ini adalah pemboleh ubah yang diukur atau yang akan berubah mengikut keadaan eksperimen atau akibat daripada manipulasi satu pemboleh ubah lain yang dikenali sebagai pemboleh ubah bebas (eksperimental). Contohnya, dalam eksperimen yang mengukur kesan masa tidur terhadap daya tumpuan, pemboleh ubah bersandarnya ialah daya tumpuan. |
resolving potentiometer | meter upaya penyelesaian | Kejuruteraan | Tiada | Meter upaya yang digunakan untuk beroperasi sebagai unit pengkomputeran analog, dengan pemboleh-pemboleh ubah keluaran adalah koordinat Cartesan bagi suatu titik dan pemboleh-pemboleh ubah masukan adalah koordinat kutub. |