Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.kat] | ڤميکت

Definisi : 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.kat] | ڤميکت

Definisi : 1 orang yg memikat: ~ burung. 2 burung dll yg digunakan utk memikat; denak; umpan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catch phraseungkapan pemikatKomunikasiTiadaGabungan kata yang menyatakan makna khusus yang berupaya menarik perhatian khalayak. frasa pemikat.
narrative hookpemikat naratifKesusasteraanTiadaKedah penulisan pada bahagian pengenalan atau permulaan sesebuah karya yang dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pengenalan cerita yang menarik akan memberi kesan yang baik kepada pembaca, menimbulkan tanda tanya atau suspens yang mampu menggerakkan minda atau emosi pembaca untuk terus mengikuti isi cerita. Antara bentuk pemikat naratif yang biasa ialah pengarang memulakan cerita dengan peristiwa yang mengejutkan, pembunuhan, kemalangan yang mengerikan atau melalui kenyataan yang paradoks dan luar biasa sifatnya. Lihat juga paradoks.
emotional appealpemikat perasaanKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun
lurepemikatPerikananTiadaTiada
attractantpemikatPerhutananTiadaTiada
sex attractantpemikat seksPerhutananTiadaTiada
advertising appealpemikat periklananKomunikasiTiadaKaedah yang digunakan oleh pengiklan untuk menarik perhatian khalayak dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu sama ada melalui kata-kata, tingkah-laku atau lambang-lambang yang mempunyai daya tarikan.
reward appealpemikat berganjarKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan ganjaran. Usaha ini dilakukan dengan dua cara. Pertama, menggunakan daya tarikan berdasarkan faedah yang diperolehi secara langsung kesan daripada penggunaan barangan yang diiklankan. Contohnya, dengan membeli sesuatu barangan kesihatan, seseorang dapat mengalami kesan positif dalam tempoh masa yang dijanjikan. Kedua, mendapatkan faedah barangan atau perkhidmatan lain sebagai ganjaran pembelian. Contohnya, dengan pembelian satu barangan, pembeli akan mendapat satu barangan yang sama atau barangan lain sebagai ganjaran secara percuma. Pendekatan daya tarikan biasanya dilakukan apabila sesuatu barangan atau perkhidmatan itu baharu diperkenalkan di pasaran atau apabila sesuatu barangan atau perkhidmatan tersebut mengalami kemerosotan permintaan. Dalam proses pengiklanan, pelaksanaannya sebagai strategi menarik perhatian khalayak.
humour appealpemikat lucuKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi d
dramatic headlinetajuk pemikatKomunikasiTiadaTiada
12

Kembali ke atas