Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mi.kir] | ڤميکير

Definisi : orang yg berfikir, ahli fikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mi.kir] | ڤميکير

Definisi : orang yg kuat berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemikir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
think tankkumpulan pemikirPentadbiranPentadbiran Awam

 Kumpulan individu yang dilantik secara rasmi atau tidak rasmi, yang bertindak sebagai pakar dalam sesuatu bidang untuk membantu kerajaan atau pihak lain dalam menyelesaikan sesuatu perkara, menyediakan maklumat yang diperlukan serta pandangan bernas untuk sesuatu strategi organisasi tersebut. Kumpulan pemikir biasanya menjadi tunggak utama dalam menjayakan sesuatu sasaran dan perancangan organisasi. Mereka juga bertindak sebagai jururunding sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara dilaksanakan. ISIS (Institute of Strategic and International Studies), merupakan kumpulan pemikir untuk kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohammad.

think tankkumpulan pemikirSains PolitikHubungan AntarabangsaKumpulan yang bertugas dalam institusi penyelidikan dasar sesebuah negara. Institusi ini berfungsi menyelaras strategi dasar kerajaan, mencadangkan alternatif dasar baru dan memastikan kesan dasar yang dipilih telah mencapai matlamat. Terdapat juga kumpulan yang mempunyai kepentingan yang bersifat kepartian yang memberi cadangan dasar kepada parti politik tertentu. Contoh kumpulan pemikir di Malaysia ialah ISIS.
STEM thinkerpemikir STEMSTEMTiadaTiada
think tankkumpulan pemikirSains PolitikTiadaTiada
brain trustkumpulan pemikirUmumTiadaSekumpulan pakar yang memberikan khidmat nasihat kepada pihak kerajaan dan organisasi dalam membuat keputusan berkaitan dengan dasar dan isu penting.
NITC (National IT Council)NITC (Majlis IT Negara)Teknologi MaklumatTiadaMajlis yang merupakan kumpulan pemikir yang memberi nasihat berkaitan strategi teknologi maklumat dan komunikasi kerajaan Malaysia. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan mengandungi ahli daripada sektor awam, swasta dan komuniti yang berminat.
advisory committeejawatankuasa penasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa yang berperanan memberi pendapat kepada sesuatu badan. Contohnya, Jawatankuasa Penasihat Majlis Hak Asasi Manusia yang berfungsi sebagai pemikir dengan melakukan penyelidikan dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Hak Asasi Manusia.
utopianutopiaSains PolitikPolitik PerbandinganSatu keadaan yang mustahil untuk dicapai terutamanya mengenai suatu bentuk masyarakat yang ideal. Keadaan ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Walau bagaimanapun masyarakat yang ideal ini sukar dibentuk dalam realiti. Ciri-ciri utama masyarakat ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan secara bersama. Pemikiran sosialisme utopia ini dibentuk berasaskan idea ini. Seorang pendukung idea ini ialah Thomas Moore.
utopianismutopianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia.
imaginationimaginasiKesusasteraanTiadaKebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar merek
123

Kembali ke atas