disruptive selection | pemilihan porak-peranda | Biologi | Genetik | Pemilihan dua ekstrem terhadap sesuatu fenotip untuk menghasilkan dua strain tak selanjar setelah beberapa generasi pemilihan. Misalnya, pemilihan beberapa generasi bijirin untuk suatu tempoh tertentu bagi mendapatkan populasi bulir terpanjang dan bulir terpendek. pemilihan pelbagaian. |
artificial selection | pemilihan buatan | Pertanian | Agronomi | Pemilihan secara sengaja yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan tanaman yang mempunyai ciri diingini. Contohnya, baka padi yang moden adalah bersifat rendah dan tinggi hasilnya kerana telah melalui proses pemilihan buatan. Pemilihan buatan berbeza dengan pemilihan semula jadi yang diterangkan oleh Charles Darwin sebagai satu proses pemilihan yang memastikan tumbuhan yang dapat menyesuaikan dengan habitat sekeliling dapat bertahan manakala yang lain akan pupus. |
site selection | pemilihan tapak; pemilihan kawasan | Perikanan | Tiada | Tiada |
site selection | pemilihan tapak; pemilihan kawasan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
cyclical selection | pemilihan kitar | Biologi | Genetik | Pemilihan dalam satu arah diikuti dengan pemilihan dalam arah yang bertentangan secara kitaran, akibat persekitaran yang berubah. Misalnya, pemilihan yang dipengaruhi oleh suhu yang berubah mengikut musim. |
directional selection | pemilihan berarah | Biologi | Genetik | Pemilihan fenotip menuju kepada arah yang dikehendaki. Misalnya, pemilihan baka getah yang menghasilkan banyak lateks. |
progeny selection | pemilihan progeni | Pertanian | Agronomi | Pemilihan baka yang terbaik daripada biji benih hasil kacukan beberapa genotip. Pemilihan ini dibuat berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti hasil, kualiti dan ketahanan terhadap penyakit. |
germinal selection | pemilihan germa | Biologi | Genetik | 1. Pemilihan sel germa oleh manusia untuk digunakan dalam menghasilkan generasi berikutnya bagi spesies yang didomestikkan. 2. Pemilihan semasa gametogenesis mutasi teraruh, yang merencat pembiakan sel mutan. |
genic selection model | model pemilihan genik | Biologi | Genetik | Model pemilihan tertentu apabila ketegapan heterozigot terdapat pada perantaraan antara dua homozigot. pemilihan genik. |
mass selection | pemilihan massa | Bioteknologi | Tiada | Pemilihan buatan yang dilakukan dengan memilih sekumpulan individu yang menunjukkan pengekspresian ciri yang dikehendaki yang terdapat pada induk selepas satu generasi yang berikutnya. Pemilihan ini diulang untuk beberapa kali. |