expansion vessel | bejana pengembangan | Kimia | Tiada | Sinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan. |
expansion vessel | bejana pengembangan | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: 1. pemisah sejuk 2. pemisah suhu rendah Sejenis pemisah yang reka bentuknya dibuat sedemikian rupa supaya boleh atau mampu mengendalikan dan meleburkan hidrat gas yang terbentuk akibat proses penyejukan melalui pengembangan dan gas yang dimasukkan ke dalamnya akan dibiarkan mengembang. Digunakan dalam proses pemisah sejuk dan kadang kala untuk mengendalikan pengeluaran dari telaga gas yang bertekanan tinggi yang boleh menghasilkan cecair ringan. |
splitter | pemisah; pemecah;menara pemisah | Kejuruteraan | Tiada | 1. Menara pemisah: Menara pemeringkatan yang memisahkan suapan kepada dua komponen ke arah yang berlainan. |
lease separator | pemisah pajak | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pemisah yang digunakan untuk memisahkan gas kepala selongsong daripada minyak mentah dan air yang dikeluarkan pada suhu dan tekanan pemisah berkenaan. Digunakan juga untuk memisahkan gas daripada bahagian gas bersekutu dan gas yang tak bersekutu yang akan mencair pada suhu dan tekanan pemisah berkenaan. |
two-phase separator | pemisah dua fasa | Kejuruteraan | Petroleum | Kelengkapan pemisahan atau jenis pemisah yang digunakan untuk memisahkan gas daripada cecair yang ada bersama-sama di dalam arus aliran bendalir pengeluaran yang terdiri daripada gas dan cecair. Merupakan jenis pemisah yang umum digunakan dalam industri petroleum. |
septum | septum | Biologi | Mikologi | Dinding pemisah yang terdapat pada struktur tertentu kulat peringkat tinggi, misalnya pada konidium dan hifa. Kebanyakan dinding pemisah ini berkeadaan melintang, tetapi terdapat juga yang berkeadaan memanjang, misalnya dinding pemisah pada konidium Altenaria. dinding melintang. |
handkerchief test | ujian sapu tangan | Kejuruteraan | Petroleum | Ujian yang dilakukan bagi menentukan kecekapan sesebuah pemisah dengan cara meletakkan sehelai kain putih pada arus aliran gas yang keluar dari pemisah berkenaan. Jika dalam masa 60 saat tidak terbentuk kotoran berwarna coklat pada kain tersebut, aliran gas yang dikeluarkan dianggap tidak mengandungi ataupun sedikit sekali mengandungi bahan-bahan yang terbawa bersama-samanya yang boleh dipertimbangkan sebagai pembaziran cecair hidrokarbon yang boleh diperoleh dari pemisah berkenaan. Dalam hal ini, pemisah berkenaan dianggap mempunyai kecekapan yang tinggi dan memuaskan. Ujian ini merupakan kaedah pengujian kecekapan pemisah yang umum digunakan pada tahun 1920 dan 1930, dan buat masa ini ia masih digunakan di sesetengah kawasan yang terdapat perkembangan teknologi dalam bidang petroleum agak lambat. |
metering separator | pemisah bermeter | Kejuruteraan | Tiada | Pemisah yang sekali gus memisahkan bendalir keluaran dan mengukur isi padunya. |
test separator | pemisah ujian | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pemisah minyak dan gas yang digunakan untuk memisahkan minyak dan gas yang terdapat bersama-sama di dalam arus aliran bendalir pengeluaran dari telaga baru. Bendalir pengeluaran yang diproses diperoleh daripada peralatan pengujian yang terdapat di daerah operasi pengeluaran dan umumnya kuantiti atau isi padu yang dipisahkan adalah relatif kecil. Digunakan untuk mendapatkan data tentang tabii bendalir pengeluaran dan daya pengeluaran telaga yang bersangkutan. |
electromagnetic isotope separator | pemisah isotop elektromagnet | Kejuruteraan | Tiada | Alat pemisah isotop yang berasaskan gerakan ion isotop dalam medan elektromagnet. |