bed separation | pemisahan lapisan; pemisahan dasar | Geologi | Tiada | Raka strata di sepanjang satah pelapisan disebabkan oleh amblesan pembezaan di atas bumbung lombong. |
bed separation | pemisahan lapisan; pemisahan dasar | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
diastasis | diastasis | Perubatan | Tiada | Pemisahan dua tulang yang bertemu tanpa sendi sebenar. Misalnya, pemisahan simfisis pubis atau pemisahan di antara ulna dengan radius. |
word division | pemisahan suku kata; pemisahan unsur kata | Linguistik | Tiada | Tiada |
multistage separation | pemisahan berbilang tahap | Kejuruteraan | Petroleum | Proses pemisahan gas, minyak dan/atau air yang dilakukan melalui lebih daripada satu tahap pemisahan. Untuk melaksanakannya, diperlukan lebih daripada satu alat pemisah dan satu tangki stok. Pengelasannya mengikut jumlah alat pemisah yang digunakan. Contohnya, jika digunakan dua buah alat pemisah dan satu tangki stok, prosesnya disebut sebagai pemisahan dua tahap. |
flash chamber | kebuk kilat | Kejuruteraan | Petroleum | Bejana yang digunakan sebagai tahap jujukan pemisahan untuk melakukan proses pemisahan hidrokarbon berbentuk cecair daripada pemisah utama. Dalam proses ini gas akan dipisahkan daripada cecair. Bejana ini direka untuk operasi pada tekanan rendah, iaitu tekanan kerjanya tidak melabihi 125 psig. Pada unit pemisahan sejuk, bejana ini merupakan pemisah tahap kedua. |
color separation | pemisahan warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemisahan gambar mengikut warna bagi menyediakan negatif dan plat untuk cetakan warna. Warna sepenuhnya memerlukan empat pemisahan warna iaitu warna sian, magenta, kuning dan hitam (CMYK). Lihat CMYK. |
segregation | pemisahan | Biologi | Genetik | Pemisahan alel dan kemasukannya ke dalam gamet yang berlainan. |
perpendicular separation | pemisahan serenjang | Geologi | Tiada | Pemisahan suatu sesar yang diukur pada sudut tepat dengan satah sesar. |
electromagnetic separation | pemisahan elektromagnet | Kimia | Tiada | Pemisahan isotop secara pemfokusan elektromagnet. |