Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.li.han] | ڤموليهن

Definisi : perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.li.han] | ڤموليهن

Definisi : hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recoverypemulihan; mendapat kembaliKejuruteraanTiadaPemulihan: Pemulihan semula sama ada sel, tisu atau organisma selepas kecederaan sinaran.
postanaesthetic recovery scoreskor pemulihan pascaanestesiaPerubatanTiadaSistem skor untuk menilai pesakit selepas pembedahan di ruang pemulihan atau unit pemulihan pascaanestesia sebelum pesakit dibenarkan pulang.
Tariff Reform LeagueIkatan Pemulihan Tarif; Liga Pemulihan TarifSejarahTiadaTiada
plastic impacthentaman plastikMekanikGunaanHentaman yang dedenyut pemulihan tidak dikenakan pada jasad-jasad yang terlibat. Pekali pemulihan, e, yang berpadanan adalah sifat. Kedua-dua jasad yang mengalami hentaman plastik bersatu selepas hentaman itu dan bergerak dengan halaju sepunya. Tenaga yang hilang adalah maksimum. Hentaman ini juga dinamai hentaman tak anjal atau hentaman tak kenyal. Lihat juga dedenyut pemulihan, pekali pemulihan.
recovery curvelengkung pemulihanHidrogeologiTiadaGraf yang menunjukkan kenaikan pemulihan paras air dalam perigi terhadap masa, setelah pemampaan atau setelah peluahan perigi alir berhenti (aritmetik, separa log atau log-log). Sin.: kelok pemulihan
elastic impacthentaman anjalMekanikGunaanHentaman unggul yang berlaku tanpa melibatkan kehilangan tenaga. Dalam hentaman ini, dedenyut ubah bentuk SP dt sama nilainya dan berlawanan halanya dengan dedenyut pemulihan SR dt; nilai pekali pemulihan, e, yang berpadanan ialah 1. Dalam keadaan sebenar, hentaman anjal tidak mungkin berlaku kerana semua hentaman akan melibatkan kehilangan tenaga yang dijelmakan kepada bentuk yang lain. Lihat juga dedenyut ubah bentuk, dedenyut pemulihan, pekali pemulihan. Sinonim hentaman kenyal.
rehabilitationpemulihanGerontologiTiadaProses pemulihan semula fungsi fizikal, mental, sosial, ekonomi dan vokasional untuk seseorang hidup berdikari selepas mengalami kecederaan, penyakit atau penagihan.
coefficient of restitutionpekali pemulihanMekanikGunaanAngka yang mewakili kesan bentuk jasad serta sifat bahan jasad terhadap kelakuan jasad tersebut apabila mengalami hentaman. Pekali ini merupakan nisbah bagi magnitud dedenyut òR dt yang bertindak pada masa pemulihan dengan dedenyut òP dt yang bertindak pada masa perubahbentukan. Simbol yang biasanya digunakan untuk pekali pemulihan ialah e. julat nilai e ialah 0 £ e £ 1. (Perhatikan bahawa pekali ini juga merupakan nisbah halaju nisbi pemisahan terhadap halaju nisbi pendekatan, masing-masing diukur pada arah daya hentaman). Nilai pekali pemulihan memberikan gambaran tentang ‘darjah keanjalan’ hentaman. Lihat juga hentaman anjal, hentaman plastik.
creep recoverypemulihan rayapGeologiTiadaPemulihan terikan anjal secara beransur-ansur apabila tegasan dilepaskan.
elastic recoverypemulihan anjalKejuruteraanPolimerPemulihan kepada dimensi asal apabila tegasan dibebaskan.
12345678910...

Kembali ke atas