record player | pemutar rekod; pemutar piring hitam | Sosiologi | Tiada | 2. Pemutar piring hitam: Mesin untuk memainkan semula rakaman yang dibuat di atas piring ke dalam piring hitam. |
record player | pemutar rekod; pemutar piring hitam | Pendidikan | Tiada | 1. Pemutar rekod: Alat untuk memainkan semula bahan yang telah dirakam dalam cakera audio. |
repulsion start motor | motor mula tolakan | Teknik | Elektrik | Motor satu fasa yang beroperasi berasaskan ciri kemagnetan, iaitu tindak balas di antara medan di pemutar dan medan di pemegun. Motor ini mempunyai dua jenis pemutar, satu pemutar belitan dan satu lagi pemutar bersangkar tupai. Berus karbon yang dipasang pada pemutar penukar tertib sentiasa disambung dengan litar pantas semasa motor mula ini mula dihidupkan, dan akan terbuka apabila motor telah berputar pada 75% kelajuan penuh motor tersebut. Arah putaran motor ini dapat diubah dengan mengubah kedudukan berus karbon sama ada berlawanan jam atau sebaliknya dari kedudukan satah neutral. |
squirrel cage rotor | pemutar sangkar tupai | Teknik | Elektrik | Pemutar berbentuk silinder yang digunakan dalam motor aruhan. Pemutar ini dibina daripada palang kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras pemutar bagi membentuk sangkar tupai. Hujung di kedua-dua belah palang ini disambung bersama menggunakan pateri pada gelang hujung. |
slip ring motor | motor gelang gelincir | Teknik | Elektrik | Motor aruhan yang mempunyai pemutar belitan yang rintangan pemutar ini boleh diubah-ubah. Belitan pemutarnya disambungkan ke perintang boleh ubah di luar melalui gelang gelincir supaya arus pemutar dan kilas mula dapat dikawal, dan seterusnya perjalanan dan kelajuan motor ini dapat dikawal dengan mudah. Nama lain motor ini ialah motor pemutar belitan. |
pemutar skru | pemutar skru | Kesenian | Tiada | Alat yang digunakan untuk memutar skru, memasukkan dan merapatkan anyaman rotan. |
Wankel engine | enjin Wankel | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin pembakaran berputar yang menggunakan pemutar tiga sisi yang melengkung. Pemutar itu dipasang pada aci pemacu dan diletakkan dalam sebuah kebuk berbentuk oval. Pemutar ini berpusing secara malar pada satu arah dan menghasilkan keempat-empat lejang, iaitu pengambilan, mampatan, pembakaran dan ekzos. Tiga daripada keempat-empat lejang tersebut berlaku secara serentak pada suatu ketika. Sinonim enjin putar. |
impact screwdriver | pemutar skru hentak | Kesenian | Tiada | Pemutar skru yang boleh digunakan dengan mengetuk hulunya untuk mengetat atau melonggarkan skru yang terdapat pada sesuatu benda. |
carbon brush | berus karbon | Teknik | Elektrik | Berus berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun. Berus karbon digunakan untuk membawa arus masuk ke dalam pemutar motor (a.u.), pemutar berlilit atau angker motor (a.t.) atau membawa arus keluar dari pemutar atau angker motor (a.t./a.u.) |
offset screw driver | pemutar skru ofset | Kesenian | Tiada | Pemutar skru yang matanya pemutarnya bersudut tepat dengan bahagian pemegangnya. |