addication | penagihan | Perubatan | Tiada | Penggunaan dadah tertentu, misalnya alkohol atau morfina, secara berlebihan dan berterusan sehingga menjadi tabiat. |
addiction | ketagihan; penagihan | Kependudukan | Tiada | Tiada |
addiction | ketagihan; penagihan | Perubatan | Tiada | Tiada |
addiction | ketagihan; penagihan | Sosiologi | Tiada | Tiada |
drug addiction | ketagihan drug | Perubatan | Tiada | Keadaan penagihan yang timbul akibat penggunaan dadah atau drug secara berulang-ulang, dengan dicirikan oleh keinginan yang sangat kuat terhadap dadah atau drug tersebut. |
delirium tremens | racauan tremens | Perubatan | Tiada | Gangguan mental yang akut, yang biasanya berkaitan dengan penagihan alkohol. Keadaan ini tercetus semasa penghentian pengambilan alkohol secara mengejut. Antara gejala yang dialami oleh pesakit ialah menggigil, kekusutan mental, mandi peluh dan sakit di bahagian jantung. Sin: racauan alkoholisme |
addict | penagih | Sejarah | Tiada | Orang yang terikat dengan kebiasaan atau keinginan yang tidak dapat dikawal seperti penagihan dadah. |
rehabilitation | pemulihan | Gerontologi | Tiada | Proses pemulihan semula fungsi fizikal, mental, sosial, ekonomi dan vokasional untuk seseorang hidup berdikari selepas mengalami kecederaan, penyakit atau penagihan. |
social problem | masalah sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Unsur negatif atau elemen yang merosakkan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Masalah sosial ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak, moral dan etika. Antara masalah sosial yang paling ketara ialah penagihan najis dadah, vandalisme, lari dari rumah, pelacuran, pergaulan bebas, ketagihan arak, judi dan sebagainya. Gejala tidak sihat ini sebenarnya telah lama berakar umbi dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, kaum, adat dan sebagainya. |
rehabilitation program | program pemulihan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dilaksanakan untuk memulihara, memperbaiki dan menambahbaikkan sesuatu perkara dengan tujuan mencapai objektif atau matlamat. Antara tindakan yang biasanya diambil dalam program pemulihan ialah mengenal pasti kelemahan, memperkemas perancangan, menambah kekuatan, memperkukuh belanjawan, memantap pengurusan penyenggaraan, memastikan sasaran dan meninjau peluang. Program pemulihan bukan hanya tertumpu kepada masalah sosial masyarakat seperti penagihan dadah, pelacuran, vandalisme semata-mata, ia juga merangkumi projek-projek terbengkalai kerajaan atau pihak lain, penyusunaturan semula pengurusan dan pentadbiran organisasi serta sumber manusia. |